Pelajar yang berjaya pastinya mempunyai tips menghadapi peperiksaan tersendiri. Tips yang dipelajari pastinya diamalkan dan ianya konsisten tidak kira apa sahaja dugaan yang diterima.
‘’semua pelajar nak jadi cemerlang dan perolehi keputusan yang cemerlang juga. Tapi apa yang perlu aku lakukan untuk menjadi pelajar cemerlang juga untuk mencapai keputusan yang paling terbaik ?’’
Lumrah jika kita bergelar pelajar, kita mahukan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Tidak dapat dinafikan, setelah kita perolehi keputusan peperiksaan dan ianya tidak memberangsangkan kita akan bertanya pada diri sendiri, dimana silapnya, kenapa kita tak mampu berjaya seperti orang lain. Jika persoalan itu timbul dalam diri dan benak fikiran anda, ianya adalah bagus. Tapi perlulah seiring setiap persoalan itu dengan jalan penyelesaian.
Tips Menghadapi Peperiksaan
Berikut merupakan tips yang anda perlu lakukan untuk membantu anda dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Menggunakan otak kiri dan kanan anda dengan seimbang. Lakukan aktiviti-aktviti yang mampu merangsang kedua belah otak anda. Contohnya, anda membuat latihan atau membuat permainan uji minda.
Mempraktikkan dan lakukan semua latihan soalan semaksima mungkin.
- Menurut kajian, 90 peratus otak kita akan mengingati perkara yang kita praktikkan. Semakin banyak soalan yang anda cuba praktikkan, semakin besar peluang anda untuk mudah menjawab soalan peperiksaan. Anda cuba buat, anda pasti temui keberkesananya.
Menghadirkan diri ke kelas dan tidak ponteng.
- kehadiran diri ke kelas sangat penting dan jangan diambil remeh. Setiap apa yang guru mahupun pensyarah anda ajarkan, adalah sangat penting. Ini kerana, tumpuan dan fokus anda dalam kelas dapat membantu anda untuk menjawab soalan peperiksaan akan mudah dan lancar. Kajian menunjukkan, kita akan ingan 70 peratus yang kita dicakapkan, 20 peratus yang didengar dan lima puluh peratus yang didengar dan dilihat. Jika anda tertinggal kelas, catat kembali nota pembelajaran pada hari kelas tersebut dari kawan-kawan.
Belajar dan mengulangkaji pelajaran pada waktu yang sesuai.
- Waktu-waktu yang sesuai untuk anda gunakan iaitu sebelum tidur, selepas mandi, selepas membaca alquran, juga selepas beriadah. Pada waktu ini, badan dan otak anda berada dalam keadaan bersedia dan mampu menerima baik pembelajaran yang anda lakukan.
Rajin bertanya
- Jangan biarkan diri anda tenggelam dengan ketidakfahaman yang anda rasai. Ia bakal mengundang masalah besar jika anda teruskan ianya bakal memusnahkan diri anda sendiri. Satu kali anda tidak faham dengan apa yang anda belajar kemudian anda diamkan tanpa jalan penyelesaian maka akan timbul masalah seterusnya untuk anda tidak faham yang lain. Malas bertanya, sesat jalan.
Perbaiki cara pembelajaran anda, pasti ianya mengubah keputusan anda. Segalanya terletak pada tangan anda. Berubah untuk berjaya dan cemerlang lebih baik dari terus kekal serta selesa dengan keadaan yang sedia ada.