Tips Mengulangkaji Pelajaran

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara mengulangkaji pelajaran dan tips cemerlang

Peperiksaan dah dekat, UPSR dah berlalu tetapi PMR dan SPM dah semakin hampir, adakah anda dah bersedia? Jika anda katakan anda dah bersedia mungkin anda dah betul-betul bersedia atau sebenarnya anda belum cukup mengetahui apakah yang anda sediakan itu?

Bagaimana untuk cemerlang dalam pelajaran? Soalan yang biasa ditanya apabila peperiksaan semakin hampir. Mungkin sedikit tips mengulangkaji pelajaran yang disediakan dibawah dapat membantu:

Tips mengulangkaji pelajaran

Jika anda seorang pelajar sekolah, jangan ponteng kelas ketika hampir peperiksaan, hal ini kerana guru merupakan individu yang berpengalaman dan berilmu pengetahuan dalam bidangnya. Jadi, sekiranya hampir peperiksaan kebiasaannya guru akan menggunakan segala teknik yang ada untuk membiasakan latihan berfokus dan memberitahu soalan yang akan dijangka akan keluar.

Cuba semak dan membuat latihan soalan tahun lalu, soalan peperiksaan kebiasaanya berkisarkan soalan tahun lepas. Kebiasaanya ia akan mengalami sedikit perubahan dan kadangkala ia diputarkan sahaja. Selain itu, soalan lepas juga mendidik kita meneroka apa lagi yang perlu kita ulangkaji dan patut kita tahu.

Tumpu dan kenalpasti topik utama, kalau rasa risau, jangan ditenung kulit buku sampai berjam-jam. Buka buku tu dan kenalpasti topic utama yang perlu dipelajari. Kadangkala buku kita itu mempunyai topic yang tak penting yang digunakan untuk menerangkan dan mengukuhkan kefahaman topic penting. Jadi, cuba bertanya guru topic yang penting yang perlu dipelajari dan dikukuhkan.

Buat jadual ulangkaji, opsss, sepatutnya inilah yang pertama, membuat jadual ulangkaji adalah paling pertama sebelum membuat ulangkaji yang bersistematik. Hal ini kerana masa amatlah penting, sekiranya jadual tidak dibuat maka disiplin kesemua matapelajaran akan terganggu malahan membuatkan anda kerugian.

Rujuk cikgu jika mengalami masalah, Hampir dengan peperiksaan biasa akan mengalami masalah sendiri tak kira masalah peribadi ataupun masalah pelajaran. Pastikan anda merujuk guru yang sesuai supaya maklumat yang anda dapat itu berkesan untuk diri anda. Jika hendak berjumpa dengan guru baik jika diwaktu pagi serta ketika guru tersebut Nampak tidak sibuk. Jika tidak mungkin jawapan yang diberikan agak kurang memuaskan dan singkat ( guru sekarang sibuk tau, bukan macam dulu-dulu )

Bila dah hampir peperiksaan buatlah nota ringkas yang boleh dibawa jalan-jalan. Dah hampir peperiksaan tak perlulah bawa buku teks, buku rujukan setebal 1000 muka surat anda itu. Lebih berat dan banyak yang anda bawa makin stress lah anda nanti. Yakinlah pada diri, buatlah nota ringkas perkara yang perlu anda ingat. Jika dibawa buku setebal gunung sekalipun bukan anda cukup masa lagi untuk membaca semuanya. Yang paling berkesan untuk membuat ulangkaji menyeluruh adalah dengan membaca soalan.

Ape? Ya, soalan yang ringkas tu sebenarnya membuatkan kita membuka buku mencari jawapannya. Dan sekiranya satu kertas soalan yang dikaji, maka hampir banyak buku kita ulangkaji tanpa disedari.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
2 years ago

[…] peperiksaan tiba, guru pasti telah habis mengajar setiap topik atau bab yang perlu kita pelajari. Ulangkaji semula bab-bab yang dirasakan susah atau bab yang telah ditarget. Namun, langkah selamat adalah […]

trackback
2 years ago

[…] dan mana-mana media yang lain. Sehinggakan kita lupa untuk melakukan ulangkaji dengan lebih efektif dan […]

akmar
Guest
7 years ago

saya harap dengan adanya (TIPS MENGULANG KAJI ) saya akan berjaya . isyaallah

trackback
8 years ago

[…] Rujukan : https://www.xpresi.org/tips-mengulangkaji-pelajaran/#ixzz1kN99TxRV […]

shah blogger
Guest
9 years ago

Wahhh bro nice sharing

shah blogger
Guest
Reply to  fiziesss
9 years ago

ehh xpe bro.. sy faham blogging bukan mudah dan wadah2 sampingan dia pun bukan mudah. Komitmen hidup mmg lg bnyk kan. 😉

tp nk tanya. kenaPR blog ni jadi 0? bukan hari tu o+??

einad farina
Guest
Reply to  shah blogger
8 years ago

sye berterima kasih sangat kerana ade panduaan untuk mengulangkaji !
saye sekarang tengah mengamalkan nye !
4 this year im PMR . doa kan kejayaan saye . ~amin~

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x