Tips Menguruskan Kewangan Semasa PKP 3.0

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tips menguruskan kewangan semasa PKP 3.0 yang masih ramai tidak ambil peduli bagi mereka yang tidak menghadapi masalah kewangan. Walaupun anda TIDAK terkesan akan pandemik ini, anda perlu bijak dalam menguruskan kewangan agar mempunyai simpanan pada masa akan datang. Justeru itu, TIDAK SALAH untuk anda membaca tips menguruskan kewangan semasa PKP 3.0 ini.

***JANGAN LAKUKAN PEMBAZIRAN KERANA MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN***

Tips Menguruskan Kewangan Semasa PKP 3.0

Terdapat banyak tips menguruskan kewangan semasa PKP 3.0 ini, walaubagaimana sekalipun sukar untuk kita melakukan simpanan sekiranya anda TIADA wang yang mencukupi untuk makan. Maka, hari ini kita akan menggunakan tips mudah untuk menguruskan kewangan dahulu.

Antara tips menguruskan kewangan semasa PKP 3.0 adalah:-

Tips menguruskan kewangan

1) Lakukan senarai harian belian barangan harian/ bulanan

Semasa PKP 3.0 ramai yang bekerja daripada rumah (work from home) justeru itu pembelanjaan di rumah pasti akan meningkat. Disebabkan oleh itu, anda perlu bijak dalam mengatur atau menguruskan kewangan anda agar pembelanjaan TIDAK melebih daripada income harian.

Justeru itu sangatlah DISARANKAN untuk anda melakukan senaraian belian barang sebelum melangkahkan kaki ke pasaraya. Pada masa yang sama, ELAKKAN diri daripada termakan akan iklan ada promosi jual “harga runtuh” atau “promosi awal bulan”. Hal ini akan menyebabkan anda berbelanja melebih limit kewangan anda.

Antara senarai penting dallam belian barangan harian/ bulanan adalah:-

  • Barang basah (ayam, ikan)
  • Sayur-sayuran
  • Barang kering (bawang, lada, ikan bilis dll)
  • Barang dalam tin (SEKIRANYA PERLU)
  • Buah-buahan
Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

2) Gunakan pembayaran secara digital untuk mendapat pulangan wang 

Tips menguruskan kewangan

TAHUKAH ANDA!!!

Pembayaran secara digital lebih menguntungkan berbanding pembayaran secara tunai. Hal ini disebbakan pembayaran secara digital memberikan pulangan wang berbanding dengan pembayaran secara tunai.

Justeru itu, sebagai pengguna yang BIJAK anda WAJIB bijak dalam melakukan pembayaran BUKAN sahaja pembelian. Selain daripada itu, pembayaran secara digital juga lebih selamat dan dapat mengurangkan kadar sentuhan yang banyak. 

PENTING!!!

ELAKKAN diri daripada menggunakan kata laluan yang sama agar TIDAK mudah untuk di gondam oleh hacker . Justeru itu, PENTING kepada pengguna sentiasa berhati-hati dalam penggunaan pembayaran secara digital ini.

3) ELAKKAN daripada berbelanja secara online 

ELAKKAN diri daripada pembelanjaan secara atas talian kerana ianya akan melibatkan cost tambahan penghantaran. Walaupun terkadang terdapat promosi hebat tetapi anda perlu menjadi pengguna yang BIJAK. JANGAN bazirkan wang yang anda ada dengan pembelian barangan yang tidak berguna.
Tips untuk menjadi pengguna yang bijak adalah seperti:-

  • Buka aplikasi pembelian secara atas talian ketika ada jualan murah dan percuma penghantaran sahaja
  • Beli barang yang betul-betul murah berbanding dengan pembelian secara bersemuka
  • ELAKKAN atau JANGAN buka pembelian atas talian pada bahagian pembelian yang tidak memberi manfaat kepada pembeli

4) Gunakan senarai belian barangan yang mempunyai kadar discount yang banyak

Lakukan kajian sebelum anda melakukan pembelian barangan harian. Justeru itu, anda WAJIB bijak dalam membuat pemilihan barangan harian anda. Perkara yang mudah untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah adalah baca dahulu apa baranagan yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. 

Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana
***LAKUKAN SENARAI DAN CARI PASARAYA YANG SERING MENYEDIAKAN BARANGAN KADAR DISCOUNT YANG BANYAK***

5) ELAKKAN menggunkan kredit card semasa melakukan pembelian

Semasa musim PKP ini, anda TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunkan kredit card kerana penggunaan kredit card akan memberi bebanan yang besar. Justeru itu, anda TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakannya.

Manfaat menggunkan kredit card:-

  • Boleh digunakan untuk maa susah
  • Mempunyai kelebihan dalam rebat tunai dalam sesetengah pembelanjaan
  • Mempunyai wang dalam keadaan kesempitan

Sekiranya kita bijak dalam menyediakan pengurusan kewangan maka anda boleh menggunkan kredit card. Tetapi sekiranya anda BUKAN seorang yang bijak dalam pengurusan kewangan maka anda TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunkan kredit card.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk menguruskan kewangan semasa PKP 3.0 ini. Jangan pernah berasa give up dalam setiap dugaan yang kita hadapi kerana sesungguhnya kita perlu redha akan setiap dugaan yang ALLAH berikan. 

INFO SIHAT!!!

Tips menguruskan kewangan semasa PKP 3.0 adalah PENTING buat semua. Justeru itu, sebagai manusia kita perlu BIJAK dalam menguruskannya agar kita TIDAK akan merasa kekurangan. Pada masa yang sama, redha akan setiap dugaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top