Tips meningkatkan motivasi diri

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
  • Mendekatkan diri dengan Kaunseling di sekolah/institusi

Pengamal kaunseling merupakan individu yang terlatih untuk memberikan pendekatan, terapi, nasihat dan kata perangsang untuk kita. Ia mampu menjana semula motivasi yang terpadam kerana gangguan-gangguan persekitaran, kaunseling juga menjadi sesuatu punca untuk mendapatkan informasi.

  • Guru

Guru juga menjadi tempat untuk mendapatkan nasihat kerana selain terlatih, guru juga mempunyai banyak pengalaman dan ilm untuk dikongsi.

  • Kem Motivasi

Peranan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke kem motivasi, walaupun pernah sekali mengikuti motivasi, tetapi ia perlu berulang-ulang kerana tahap ingatan/kesan motivasi seseorang tidak konsisten adakalanya lama kesannya dan ada juga yang sementara. Yang pasti ia pasti akan berkurangan dan ia perlu sentiasa diperbaharui ibarat jika ingin dapatkan buah yang lebih baik dari biasa, pokoknya yang sebenarnya perlu sentiasa dibaja.

  • Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan aspek yang paling penting kerana ibu bapalah insan yang paling lama bersama dengan anaknya. Banyak ilmu dan nasihat dapat disampaikan pada apa jua keadaan mahupun tempat.

  • Kawan-kawan

Kawan-kawan merupakan tempat yang mempunyai banyak pengaruh. Pada kebiasaan bagi ibu bapa yang sibuk bekerja kekurangan kasih sayang akan timbul dan kawan-kawanlah yang mengantikannya. Oleh itu motivasi juga besar impaknya dari kawan-kawan.

  • Media

Kadangkala lagu mampu membuatkan diri kita mengimbau kembali apa yang telah kita alami dan memberi kesedaran. Mendengar pakar motivasi serta pemimpin yang sedang berucap mampu meningkatkan motivasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *