Tips Minat Matematik

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Matematik atau kira-kira adalah satu subjek yang sangat ramai tidak suka. Kata mereka subjek ini susah. Saya yakin jika ditanya mungkin 5 dari 10 pelajar mengatakan mereka tidak minat subjek matematik. Sebenarnya subjek ini amat menarik. Terus terang saya katakan saya paling suka subjek ini. Senang? Mungkin tidak. Tetapi cabaran yang dilalui dan akhirnya berjaya menyelesaikan sesuatu masalah matematik itu membuatkan saya sangat teruja dengan subjek ini.

Kepada para pelajar di luar sana, saya ingin berkongsi tips minat matematik bagi mereka yang benci akan subjek ini. Semoga selepas ini, anda semua dapat mencetuskan sedikit rasa minat dalam diri masing-masing bagi memudahkan anda belajar dan lulus dalam subjek ini.

Tips minat matematik:

1) Berlakon. Kalau nak pandai dalam sesuatu subjek itu, kita perlu ada minat tidak banyak sedikit pun cukup. Tetapi bagaimana kalau kita memang tak suka dengan subjek itu? Jadi cubalah berlakon untuk suka subjek itu dulu. Kemudian, buat latihan sedikit-sedikit. Jangan terus buat latihan 100 atau 200, mungkin akan lebih susah dan menambah kebencian kita pada subjek itu.

Info Tambahan :  Belanjawan 2023: Intipati Lengkap Berkenaan Pendidikan

2) Latihan. Matematik adalah subjek yang memerlukan latihan untuk menjadi mahir. Ini bukan subjek  membaca. Jarang pula rasanya melihat seseorang itu membca buku teks matematik. Apa yang perlu adalah anda sentiasa membuat latihan. Semakin banyak latihan, maka semakin anda mahir dan yakin untuk menjawab soalan yang berkaitan.

3) Disiplin. Matematik memerlukan disiplin yang tinggi. Mungkin anda tahu cara menjawab sesuatu topik tertentu, namun mempunyai masalah menjawab dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, banyakkan membuat latihan dan catat masa anda seperti semasa dalam peperiksaan agar anda biasa dengan tekanan masa tersebut. Maka InsyaAllah, lama kelamaan anda akan berjaya.

4) Hafal Sifir. Mungkin pada zaman sekarang tidak ramai anak-anak yang tahu, semasa saya masih kecil saya selalu menonton rancangan ‘ALONG’ kerana didalamnya terdapat suatu segmen iaitu ‘Siti Sifir’ mengajar para pelajar menghafal sifir. Pasti juga semua mempunyi  buku tulis yang di halaman belakangnya terdapat senarai sifir dari 1 hingga 12. Hafallah. Ada yang tidak mahu menghafal kerana mereka mengatakan boleh guna kalkulator. Ya, memang betul. Tetapi dengan menghafal sifir akan menjadikan otak lebih cepat dan cekap mengira. Zaman zekarang banyak cara mudah menghafal sifir yang diajar. Orang yang handal matematik sealunya sangat cekap dalam sifir.

Info Tambahan :  6 Kerjaya Sebagai Penulis

5) Azam. Akhir sekali inilah yang penting, berazam dan kemahuan yang kuat untuk menjadi hebat dalam matematik akan membantu anda. Sentiasa tanamkan azam untuk berjaya dan kuatkan semangat, jangan mudah putus asa jika anda gagal buat kali pertama dan jangan lupa juga doalah pada yang Esa. InsyaAllah. Semoga berjaya!

 

Wallahualam.

Leave a Reply