Tips Permohonan Kerja Melalui Email Yang Berjaya

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Ada sesetengah kerja perlu membuat permohonan kerja melalui email, Tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini amat bersesuaian kepada mereka yang memohon pekerjaan melalui email. Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang, segalanya dihujung jari. Penggunaan email dalam pelbagai urusan lebih meudahkan semua kerja berbanding penggunaan surat yang mengambil masa untuk meneliti satu per satu.

Permohonan Kerja Melalui Email
Permohonan Kerja Melalui Email

Hampir keseluruhan  majikan menepuk dahi menerima email permohonan kerja daripada pelajar-pelajar fresh graduate. 90% daripada email permohonan kerja yang diterima dibuat secara tidak formal. Jika dari resume sahaja sudah tidak formal, bagaiman majikan yakin untuk mengambil anda bekerja.

Oleh itu, saya kongsikan 5 tips yang anda boleh aplikasikan untuk memohon pekerjaan melalui email. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua yang membaca tips ini.

5 Tips Permohonan Kerja Melalui Email

  1. Menggunakan nama sendiri sebagai nama akaun email
  • Mengapa perlu meletakkan nama-nama yang hipster kononnya. Harus anda sedar, inj adalah urusan rasmi. Anda ingin memohon pekerjaan. Seealoknya biarlah mengikut tatacara yang betul. Gunakanlah nama anda sebagai nama akaun email agar nampak sopan dan cantik. Tidak perlulah meletakkan nama banana_[email protected] umpamanya.
  1. Menghormati privasi syarikat / majikan
  • Dalam memohon pekerjaan, nyatakan nama syarikat, nama majikan, nama penerima serta nama anda. Pamerkan kesungguhan anda untuk bekerja di bawah mereka. Sebagai contoh sya berikan di sini, anda ingin mendapatkan sesuatu daripada seseorang, tapi anda tidak menyatakan siapakah orang itu. Sebaiknya, nyatakanlah agar mereka tahu kepada siapa anda memohon.
  1. Buang sifat malas
  • Janganlah diturutkan rasa malas dalam diri itu dengan meletakkan kesemua nama majikan yang anda mohon di ruangan Cc. Hinggakan majikan keliru mencari nama syarikat merrka disebalik nama-nama syarikat lain. Di mana usaha dan kesungguhan anda untuk memohon kerja di syarikat tersebut, jika anda sambil lewa terhadap perkara itu. Nampak kecil kesalahannya di mata anda namun ia merupakan satu kesalahan besar kepada majikan. Jangan serongkan persepsi majikan terhadao diri anda sebagai seorang yang pemalas.
  1. Tujuan email ditulis dengan ringkas
  • Pastikan anda menyatakan tujuan email ditulis dengan ringkas. Contohnya disini seperti “Permohonan Latihan Industri” atau “Permohonan Jawatan Kosong”. Hal ini penting kerana syarikat menerima beratus-ratus email dalam sehari dari pelbagai permohonan. Oleh yang demikian, permudahkanlah urusan mereka. Jika mereka melihat tujuan email anda yang terlalu panjang, mereka juga akan bosan dan tidak mahu membuka email anda.
  1. Serlahkan kesopanan anda
  • Tunjukkan kesopanan anda dengan menyatakan “terima kasih” ataupun “berbesar hati” dalam permohonan anda itu. Ingat bahawa ini adalah permohonan rasmi dan bukan email sperti menyapa sahabat handai. Majikan turut melihat budi bicara anda. Oleh itu, serlahkan tutur bicara yang manis dalam pernohonan anda kepada majikan.
Baca Juga :  Kursus Menarik dan Baru Universiti Yang Perlu Anda Ambil Peluang

Meskipun permohonan anda memalui email, namun cara anda dan personaliti anda perlu ditirik beratkan agar majikan berkeyakinan untuk memanggil anda bekerja dengan mereka. Semoga setiap perkongsian saya ini, membuka jalan anda dalam memohon pekerjaan melalui email.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here