Tips Persediaan Memulakan Pembelajaran

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Memulakan Pembelajaran
Memulakan Pembelajaran

Apabila hendak memulakan pembelajaran, pasti mental dan fizikal menjadi keutamaan agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancarnya. Apakah perkara yang perlu anda titik beratkan agar minda dan fizikal anda sentiasa bersedia untuk menerima segala ilmu sewaktu pembelajaran berlangsung.

Namun berapa banyak kesedaran yang dimiliki oleh setiap orang. Malah pelbagai alasan menjadi punca utama sekiranya proses pembelajaran tidak berlangsung dengan jayanya. Alasan – alasan ini termasuklah kurang mendapat tidur yang cukup, mengantuk, bosan, badan lemah dan lain-lain lagi. Hanya mampu memberikan alasan tanpa mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah berikut.

Beberapa keutamaan ini dapat anda praktikkan pada diri anda sebelum anda memulakan pembelajaran. Antaranya adalah :

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Mandi

Bagi mendapatkan fizikal dan mental yang cergas juga cerdas, ada baiknya anda mandi terlebih dahulu. Tips mandi yang dapat melegakan keseluruhan badan anda adalah dengan menjirus air pada bahagian kaki terlebih dahulu, kemudia atas pinggang barulah bahagian kepala pula. Ini bertujuan bagi membuang wap panas dalam badan dan membolehkan badan lebih segar.

Minum air mineral

Pastinya, air mineral membekalkan bekalan oksigen kepada diri. Oleh yang demikian, pastikan anda mengambil minuman air mineral dengan secukupnya agar otak anda dapat bekalan oksigen yang secukupnya. Otak yang mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi, ternyata mampu mengelakkan anda daripada mengantuk dan lemah. Kuantiti minimum yang perlu anda ambil adalah 2 liter sehari. Sebaiknya, anda sediakan air mineral secukupnya bersama anda agar anda tidak kehabisan bekalan air mineral.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Makan Manisan

Ambil makanan yang manis seperti gula-gula, kismis mahupun kurma. Pengambilan manisan ini, bagi mengelakkan anda berasa bosan ketika pembelajaran berlangsung. Anda akan lebih bertenaga dan mampu mencegah anda daripada keadaan yang tidak bermaya.

Pakai wangi wangian

Ternyata, wangi wangian membantu seseorang menghasilkan ‘mood’ yang baik dan gembira. Pastikan anda belajar dalam susana yang selesa dan gembira. Apabila jiwa anda tenteram dan tenang, pembelajaran akan berlangsung dengan baik. Anda juga turut mudah belajar dan menerima prises pembelajaran dengan jayanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *