Tips Persediaan Temuduga Melalui Telefon

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pada kebiasaanya, sesi temuduga akan berlangsung secara bersua. Namun, ada juga temuduga melalui telefon sahaja. Hal ini kerap berlaku kepada syarikat-syarikat besar dan antarabangsa sahaja. Jangan terkejut sekiranya anda mendapat panggilan temuduga hanya melalui telefon. Ini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh pihak majikan sebelum memanggil anda ke sesi temuduga secara bersua muka.

Temuduga melalui Telefon
Temuduga melalui Telefon

Melalui cara sebegini, secara tidak langsung ia membuka peluang kepada anda untuk memberikan tanggapan yang sehabis baik kepada bakal majikan. Ia juga mampu mengelakkan anda merasai perasaan yang lebih gemuruh apabila sesi temufuga hanya dilakukan secara dalam telefon dan tidak bersua muka. Namun, anda perlu bijak untuk lenih bersikap profesional dan tidak sambil lewa.

Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

Tips Temuduga Melalui Telefon

Beberapa tips persediaan dapat saya kongsikan kepada anda sekiranya anda mendapat temuduga secara telefon. Antaranya adalah :

Berlatih

Sekiranya anda telah dimaklumkan secara awal akan berlangsungnya sesi tenuduga melalui telefon dalam masa tertentu, anda boleh mempersiapkan diri untuk melatih diri anda bersedia menjawab soalan-soalan daripada penemuduga. Jika boleh, elakkan diri anda untuk tidak tergagap mahupun teragak-agak untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Berlatih juga untuk bersedia menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh penemuduga.

Cari tempat yang senyap

Pastikan semasa sesi temuduga berlangsung, anda berada pada tempat yang senyap dan suasana yang tenang. Ini membantu anda untuk lebih tenang dan tidak terganggu apabila berlangsungnya sesi temuduga. Elakkan berada di tempat yang bising dengan suara jeritan dan bising. Jika ianya berlaku, ia menunjukkan kepada penemuduga bahawa anda sama sekali tidak bersedia untuk seai temuduga tersebut.

Info Tambahan :  Kerja Remote: Panduan Lengkap dan 7 Platform Best

Bersedia

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh penemuduga sewaktu sesi temuduga berlangsung. Jangan pula apabila penemuduga bertanya, waktu itu juga anda sibuk mencari dokumen-dokumen tersebut. Ia menunjukkan anda tidak bersedia menghadapi sesi temuduga tersebut. Letakkan dokumen seperti resume dan sijil-sijil yang berkaitan di hadapan anda.

Sediakan Power Bank

Sesi temuduga mungkin mengambil masa yang lama dan yang pastinya bateri phone perlu sentiasa ada. Untuk memastikan kelancara temuduga berlangsung, pastikan anda menyediakan power bank ataupun charger phone bersama anda. Sekiranya, berlaku bateri phone berkurang, anda boleh terus menggunkan power bank dan charger tersebut bagi mengelakkan talian terputus sekaligus mengganggu temuduga anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *