Tips Pilih Kursus Pengajian Di Universiti

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda masih was-was dalam memilih kursus pengajian di universiti kelak. Kursus yang anda minat, tapi tidak bersesuaian dengan keputusan pepriksaan anda. Ada juga kursus yang anda minat, tapi anda ragu-ragu untuk memilihnya

Jangan menjadikan ia sebagai satu permasalahan yang besar. Ianya dapat diselesaikan dengan berpandukan kepada 5 tips yang saya kongsikan ini. Selebihnya, terpulang kepada anda sama ada ingin terus pilih kursus yang anda di idamkan ataupun sebaliknya. Apa jua yang berlaku dan bakal berlaku kelak, pastikan ia membawa kebaikan dan manfaat kepada anda.

Pilih Kursus

Pilih Kursus

5 Tip Pilih Kursus Pengajian Di Universiti

1) Mengenal Pasti Kebolehan Diri

  • sebelum anda memilih kursus di universiti nanti, pastikan anda telah mengkaji segala kebolehan yang milliki. Contohnya di sini, jika anda berkebolehan dalam menulis, anda boleh memilih aliran sastera. Jangan la pula, anda berkebolehan dalam memasak, tetapi ingin memilih kursus perubatan. Tapi sekiranya jika anda berkeyakinan tinggi untuk kursus lain selain daripada kebolehan anda, ia tidak menjadi masalah.

2) Sedia Maklum Dengan Cita-Cita Anda

  • Jika anda telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang akauntan, anda boleh memilih kursus perakaunan. Ini membantu meningkatkan semangat anda untuk belajar seiring dengan cita – cita yang telah anda pasangkan.

3) Meminta Pendapat Orang Lain

  • cubalah meminta pendapat dan pandangan daripada seseorang yang lebih arif seperti kaunselor dan guru-guru anda. Teliti satu persatu pendapat dan pandangan mereka terhadap kursus-kursus yang telah menjadi senarai anda. Dengan ini, ia dapat mengurangkan bebanan anda untuk memilih dan membuat keputusan.

4) Senaraikan kelebihan dan kekurangan dalam setiap bidang

  • Sekiranya anda mempunya bebarapa senarai pendek kursus yang ingin anda ambil, buat kajian dahulu terhadap kesemua kelebihan dan kekurangan kursus-kursus tersebut. Cara ini bagi mengelakkan berlaku penyesalan terhadap diri anda apabila tersalah membuat keputusan.

5) Lihat peluang pekerjaan

  • Pastikan anda melihat peluang pekerjaan di pasaran bagi kursus yang anda ingin ambil. Pastikan juga sama ada berapa ramai yang mengambil kursus tersebut. Ini amat penting untuk memastikan anda tidak mengalami masalah pengganuran mahupun persaingan yang kuat selepas tamat pengajian.
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x