Tembikai yang elok dan manis memang menjadi pilihan setiap orang, mungkin beberapa tips dibawah berguna dalam membuat pilihan untuk membelinya.


Musim panas ni eloklah kita membasahkan sedikit tekak kita dengan buah tembikai. Terbaca je pasal buah tembikai ni lepas ni mesti nak g beli tembikai..: ) nanti dulu sebelum pergi beli tembikai ketahui sedikit tips memilih buah tembikai.
- Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin – Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah.
- Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air.
- Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.
- Kalau masih lagi tak pasti, suruh je pakcik yang jual tu belah, cuba rasa..adakah manis atau tidak, kalau tidak manis comform jangan beli.: )