Tips teknik satu minit

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kejayaan merupakan impian setiap manusia, jika anda seorang pelajar, anda mungkin ingin mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang terutama PMR,SPM ataupun STPM. Jika anda seorang mahasiswa/i anda juga mahukan keputusan yang terbaik untuk peperiksaan semester dan jika anda seorang pekerja, anda juga mahukan menjadi seorang yang rajin supaya senang dinaikkan pangkat dan ditambah gaji bulanan anda.

Sebenarnya semua kejayaan memerlukan kerajinan. Seorang yang rajin mampu menambah ilmu dan menghasilkan kualiti produk atau kerja yang cemerlang dan baik. Namun demikian yang menjadi masalah ialah untuk memupuk dan melawan perasaan malas itu. Mungkin anda selalu mendengar motivasi dan menerima banyak tips di dalam buku, internet dan majalah tentang cara berjaya dalam hidup tetapi kerap kali anda gagal mengejar impian kerana diri anda sendiri yang tidak mampu melawan perasaan malas anda itu. Oleh itu ingin saya bantu anda dengan perkongsian penting tentang teknik satu minit.

Teknik ini merupakan rekaan saya sendiri pertama kali disebarkan melalui internet. Idea ini saya dapat apabila saya menghadapi STPM dulu. Idea ini tercetus bila saya malas untuk membaca buku, saya cuba memerhatikan tingkahlaku diri saya sendiri dan mengkaji kesan dan akibat setiap pegerakan saya dalam mengawal mood dan kemahuan. Pada hari sebelum saya mendapat idea ini saya begitu malas untuk membaca buku dan mengulangkaji pelajaran. Niat dihati memang hendak berjaya, ingin masuk universiti tetapi diri malas untuk membaca buku dan mengulangkaji.

Minat itu hanya sekadar minat, cita-cita hanya sekadar cita-cita tetapi pada hari itu saya masih lagi tidak membaca buku. Buku telah tersedia di atas meja tetapi saya masih terbaring diatas katil cuba memupuk semangat rajin. Masa terus berlalu hampir 30minit dan saya masih lagi terbaring memaksa diri rajin untuk membaca buku. Pada masa itu pemikiran saya mula menganalisis dan menyedari bahawa walau ada banyak motivasi atau kemahuan sekalipun jika kita tidak berjaya mengawal perasaan malas, kita tetap tidak akan dapat berjaya. Oleh itu saya mendapat idea iaitu saya namakan teknik satu minit.

Teknik satu minit ini ialah suatu perbuatan yang mampu memupuk minat kita melawan kemalasan. Saya lakukan teknik ini dengan mudah sekali . Caranya seperti semasa saya malas untuk belajar, saya memaksa diri saya bangun dan duduk di meja dan membuka buku walaupun saya tidak suka berbuat demikian. Saya korbankan ini hanya satu minit sahaja.Apabila cukup satu minit saya meneka saya pasti akan bangun semula berbaring dikatil. Rupa-rupanya tafsiran saya salah. selepas saya melawan 1 minit pertama saya, saya mula rajin menelaah buku yang tersedia dihadapan saya sehingga 2 jam.

Mungkin anda kurang faham dengan apa yang saya terangkan di atas, Saya pula menghadapi kesukaran untuk memberi penerangan dalam penulisan ini terutama pelaksanaannya dan kenapa teknik ini menjadi serta contohnya. Untuk memberi penerangan teknik ini adalah penting untuk saya menyampaikan secara langsung samaada melalui ceramah atau bengkel.

Walaubagaimanapun saya harap anda dapat sedikit sebanyak ilmu supaya anda dapat membantu anak anda ataupun diri anda sendiri dalam  mencapai kejayaan.

4 thoughts on “Tips teknik satu minit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *