Tips Temuduga Bimbingan dan Kaunseling

1
373
Temuduga

Bimbingan dan Kaunseling merupakan salah satu bidang yang agak popular kini. Untuk diterima ke bidang Bimbingan dan kauseling, calon perlu terlebih dahulu melepasi temuduga bimbingan dan Kaunseling yang diajurkan pihak Institusi. Memandangkan soalan yang ditanya pelawat, ada baiknya kami kongsikan sedikit tips temuduga bimbingan dan kaunseling untuk kemudahan serta gambaran bagaimana untuk menghadapi temuduga kaunseling ini.

Untuk mengahadiri temuduga, calon perlulah bersedia awal dan mengikuti tips asas temuduga. Tips asas temuduga telahpun kami keluarkan sebelum ini  sila rujuk tajuk dibawah :

Tips Temuduga Bimbingan Dan Kaunseling

Perkara asas adalah anda perlulah bersedia dan maklum dengan tips asas temuduga. Sebenarnya menghadiri temuduga ini tipsnya subjektif kerana ia bergantung kepada bagaimana penemuduga mahukan dan fokus penemuduga dalam sesi yang bakal berlangsung. Ada penemuduga yang sentiasa mengubah dan menggubal soalan baru dan berlainan demi menghasilkan kualiti dalam pencariannya. Namun demikian, beberapa tips boleh dikongsi berdasarkan pengalaman saya dan pengalaman rakan lain mungkin dapat membantu.

Penemuduga

Secara asasnya kebanyakan sesi temuduga mempunyai lebih dari 2-3 orang. Setiap orang akan memegang 1-2 peranan atau fokus markah/ pemilihan, kebiasaanya fokus penemuduga ialah :

  • Personaliti/ pemakaian
  • Pengetahuan am / Pendidikan
  • Pengetahuan Kaunseling
  • Penyelesaian masalah/ Tajuk bebas
  • Kemahiran komunikasi

Personaliti

Dalam pemarkahan personality, cara pemakaian dan Atitude/ sikap diambilkira. Berpakaianlah kemas dan sopan seperti yang ditetapkan. Selain itu, perwatakan perlulah seperti seorang pembimbing dan pendidik. Tinggalkan semua fesyen pelik, tinggalkan tingkahlaku negative anda.

Soalan

  • Sila perkenalkan diri anda?
  • Asal dari mana?
  • Anak ke berapa ?
  • Senarai IPTA yang dimohon?
  • Tips : Ceritakan nama,umur, pointer, minat anda, jawatan yang pernah disandang semasa belajar, kemahiran dan kelebihan

Pengetahuan am/ Pendidikan

Untuk aspek ini pengetahuan am dan pengetahuan pendidikan ( Ijazah pendidikan ) diuji, soalan-soalan isu terkini, pentadbiran Negara, mengenai Malaysia banyak ditanya. Jika bakal ijazah pendidikan anda mungkin ditanya hal pendidikan, dasar, dan maklumat penting pendidikan. Maklumat penting pendidikan boleh anda cari dan bertanya guru anda.

Baca Juga :  Cara dan Borang Tangguh PTPTN Online

Soalan

  • Menteri?
  • Isu terkini?
  • Pengarah Pendidikan?
  • Dasar pendidikan?
  • PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
  • Tips : Rujuk kakitangan pendidikan

Pengetahuan Kaunseling

Untuk aspek ini anda akan ditanya hal berkaitan kaunseling. Walaupun anda bukan pernah belajar kaunseling sebelum ini, soalan ini sebenarnya ingin menguji sejauhmana anda tahu dan faham tentang kaunseling pada asasnya. Aspek ini penting bagi mengetahui sejauhmana minat anda dalam kaunseling kerana sekiranya anda berminat seharusnya anda tahu sedikit sebanyak tentang sesuatu perkara walaupun anda tidak pernah belajar sekalipun.

Soalan

  • Apa yang anda tahu pasal kaunseling?
  • Kenapa berminat untuk ambil kos ni?
  • Apa Etika Kaunseling?
  • Apakah ciri-ciri kaunselor?
  • Apakah beza motivator dan kaunselor?
  • Adakah kita boleh buat/ bantu keputusan untuk klien?
  • Apa itu klien?
  • Apa itu kaunselor?
  • Perbezaan Kaunseling dan Psikologi?
  • TIPS : Anda perlu tahu apa maksud empati, penerimaan tanpa syarat, Proses menolong, Jelekit dalam kaunseling, teraputik, ekspresi, Kaunseling, Nasihat, Tingkahlaku, Stereotaip, Prajudis, Obsesi, Stress, Dipresi, Psikologi, Nasihat, Peneguhan dan ganjaran, ketulenan, kongruen, konfrontasi, terapi, Peranan kaunselor dan klien, Celik Akal, dan banyak lagi ( boleh google istilah kaunseling atau istilah psikologi )

Penyelesaian Masalah/ Tajuk bebas

Untuk fokus ini anda akan diberikan satu contoh kes atau masalah untuk anda analisis dan terangkan cara anda bertindak. Huraian anda haruslah tidak lari dari konsep sebenar sebagai seorang kaunselor atau seorang pengamal kaunseling.

Soalan

  • Sekiranya anda berada dalam situasi pelajar ingin bunuh diri? Apa yang anda lakukan untuk bantunya?
  • Bagaimana untuk mendisiplinkan pelajar yang mempuyai masalah tegar?
  • Bagaimana untuk menghentikan ketagihan penagih dadah?
  • Apa pendapat anda tentang bercinta diusia awal remaja? Bagaimana anda bertindak untuk membantu?
  • Buli di sekolah kerap berlaku pada pelajar anda, bagaimana anda mengatasinya?
  • TIPS : Jangan anda menyuruh atau membuat keputusan untuk klien, jawapan terbaik adalah anda membantu klien bagaimana mendapat idea peyelesaian, bonus bagi mereka yang tahu teori kaunseling seperti teori tingkahlaku, personality individu, Teori Pemusatan Klien, teori rasional emotif terapi dan banyak lagi. Teori ini cukup anda faham 1 sahaja secara ringkas dan anda tahu bagaimana untuk kaitkan dalam menyelesaikan masalah yang diberi/ ditanya.
Baca Juga :  Aplikasi Android Percuma Untuk Belajar PT3, SPM dan STPM

Kemahiran Komunikasi

Aspek ini lebih fokus kepada bagaimana anda berkomunikasi, menjawab soalan, susunatur perkataan, bahasa, tertib dan kesopanan anda dalam mejawab pelbagai persoalan yang dilontarkan. Aspek ini adalah semulajadi dan tidak boleh dibuat-buat kerana ia hadir sendiri berdasarkan cara hidup dan bakat individu. Namun demikian, masih belum terlambat anda membuat latihan terutama laras bahasa, nada, kejelasan dan penggunaan perkataan-perkataan yang boleh membuatkan peemuduga kagum.

Tips lain

  • Kalau boleh jangan katakana anda tidak tahu, tukarkan pada “ saya tak pasti “
  • Jika tak tahu langsung, jangan senyap, cubalah jawab dan bercakap sedikit menunjukkan anda mencuba biarpun salah.
  • Jangan lupa senyuman, sebab senyuman kadangkala memberikan mesej yang baik kepada tanggapan orang.
  • Jangan buat-buat, Tidak perlu berlakon yang melampau, lakonan yang melampau menampakkan ketidaktulenan dan membuatkan penemuduga rasa mual.
  • Jadi diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif dalam setiap tutur kata dan jawapan.
  • Jangan menunjukkan anda jumud/ tidak tahu apa-apa atau agak kolot dalam menjawab soalan.
  • Jangan memaksa klien terima nasihat anda dan jangan buat keputusan untuk klien anda, sebaiknya anda membantu klien anda membuat keputusan. Cth : klien keliru untuk buat keputusan tinggal diasrama – jika anda dapati tinggal diasrama lebih baik, jangan sesekali anda menyuruh/ membuat keputusan tinggal di asrama lebih baik. Cara betul ialah anda membantu klien menyenaraikan kebaikan dan keburukan tinggal di asrama dan biarkan klien buat keputusan sendiri berdasarkan fakta/ informasi yang anda buat bersama tadi.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi tips untuk mengahdiri temuduga kaunseling ini, jika difikirkan mungkin banyak lagi yang saya terlupa atau tertinggal. Selain itu, fokus dan soalan yang dibuat penemuduga mungkin juga akan berubah-ubah mengikut perbincangan pihak mereka. Namun demikian, sedikit informasi yang saya sediakan diatas mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dalam persediaan anda menghadapi temuduga.

Update : Kami telah menyediakan tawaran keahlian untuk kemudahan download aneka softcopy bahan resume, ebook, kertas kerja, laporan dan banyak lagi ( Maklumat Lanjut )

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

1 COMMENT

Apa Komen Anda :