Tips Temuduga Swasta dan Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Jika ingin mohon kerja swasta, kebanyakannya memerlukan temuduga. Kami sediakan tips temuduga swasta untuk anda. Setiap pemohon perlulah membuat persediaan sebelum menghadiri temuduga untuk memperlengkapkan diri dan bersedia dengan sebarang ujian.

‘’temuduga makin hampir. Masih tidak tahu nak buat persediaan apa untuk menghadiri temuduga nanti. Apa yang perlu saya lakukan? ‘’

Acapkali kia sering mendengar keluhan dari graduan-graduan muda yang berkeluh kesah memikirkan persediaan mereka untuk menghadiri temuduga. Apa yang pelu mereka lakukan. Persiapan apa yang perlu mereka ada untuk berhadapan dengan penemuduga yang bakal melontarkan pelbagai  soalan.

Di sini saya kongsikan tips buat anda yang mungkin pertama kali untuk menghadiri sesi temuduga. Pastikan akan berkeyakinan tinggi untuk menghadiri temuduga, pasti  segala berjalan lancar dan dipermudahkan.

Tips Temuduga Swasta
Tips Temuduga Swasta

Tips Temuduga Swasta

Ulangkaji latar belakang syarikat / majikan.

  • Hal ini amat penting untuk anda ulangkaji latar belakang syarikat juga majikan. Anda juga perlu tahu organisasi dalam syarikat tersebut. Maksud saya di sini, anda perlu tahu siapakah pengarah dalam syarikat tersebut. Selain itu, apakah jenis perniagaan ataupun perkhidmatan yang mereka jalankan. Secara logiknya, jika anda ingin berkenalan rapat dengan seseorang, anda juga perlu tahu latar belakang orang tersebut. Jadinya, tidak hairan dan tidak perlu menjadi tanda persoalan sekiranya anda perlu mengulangkaji latar belakang syarikat amhupun majikan anda agar anda lebih bersedia dari segi mental juga fizikal  sekiranya di terima bekrja di tempat tersebut.
Baca Juga :  Lokasi dan Tarikh Jom Masuk IPT 2018

Bersedia dengan soalan-soalan yang bakal diajukan.

  • Soalan – soalan yang bakal diajukan biasanya berkaitan latar belakang diri anda pada awalnya. Jika yang pernah bekerja, berapa banyak pengalamman yang anda ada dan boleh di guna pakai apabila anda diterima bekerja di  tempat tersebut. Selain itu, sebanyak manakah pengetahuan anda dengan kekosongan jawatan yang ditawarkan.   Jadinya, anda perlu bersiap sedia dengan jawapan yang baik dan tidak mendatangkan kemusykilan juga ragu-ragu  kepada penemuduga untuk mengambil anda bekerja

Cara berpakaian

  • Cara berpakaian dan jenis pemakaian anda  juga menjadi salah satu faktor penentu kejayaan dalam sesi temuduga tersebut.  Berpakaian formal untuk lelaki dan perempuan. Berbaju kurung mahupun kemeja  dan seluar slack hitam/coklat bagi perempuan. Berbaju kemeja , seluar slack hitam dan juga bertali leher bagi lelaki. Pemakaian haruslah kemas dan bergosok. Kasut juga biarlah yang berseuaian dan bukan berselipar ye. Untuk lelaki, saya tegaskan di sini, kekemasan rambut haruslah di jaga rapi.   Harus di ingat, penampilan anda menampilkann personality anda.
Baca Juga :  6 Kerja Gaji Besar 10K Tanpa Masuk Universiti

Tatacara ketika masuk ke dalam bilik temuduga

  • Sebaiknya, berilah salam buat bangsa melayu dan salam sejahtera keoada yang berbangsa india mahupun cina. Lemparkan senyuman semanis gula  umpama anda melemparkan senyuman kepada kekasih hati.  Tetap senyum walaupun muka penemuduga anda masam mecuka. Bukan mereka sombong, tapi  mereka tegas dalam situasi sebegitu.anda juga boleh berjabat tangan dengan penemuduga yang sama jantina dengan anda. Yang berlainan jantina, tidak perlu la. Alkhir sekali, setelah selesai sesi temuduga, ucapkanlah kata terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan anda peluang untuk menjadi salah seorang temuduga syarikat mereka.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here