Dalam hidup kerap kali kita dihujani dengan pelbagai pekara yang perlu diselesaikan, ini termasuk dalam mengejar impian kita yang kerapkali seakan tiada kesudahan. Desakan hidup membuatkan banyak perkara yang perlu dilakukan demi menjadikan diri sentiasa tidak ketinggalan zaman dan tertindas.
Kadangkala kita akan gembira dengan segala yang kita akan lakukan, walaubagaimanapun kita tidak terkecuali rasa tertekan dengan segala rutin yang kita lakukan. Untuk melakukan sesuatu itu kita sentiasa memproses segala maklumat yang ada dan membuat kajian ringkas tentang perkara tersebut. Hasil kajian itu dapatlah membuat perancangan untuk melaksanakannya. Pemikiran ini adalah biasa dialami oleh setiap individu. Namun demikian, sekiranya terlalu bnyak perkara yang hendak dilakukan jiwa kita mula kusut dan hilang panduan untuk membuat penilaian.
Hal ini terjadi mungkin disebabkan berlaku kegagalan dalam aktiviti memproses dalam minda akibat terlalu banyak persoalan yang timbul. Kegagalan memproses tersebut akibat dari perasaan terburu-buru untuk mendapatkan keputusan hingga menyukarkan proses penilaian dibuat. Oleh demikian adalah penting untuk memberi kelegaan kepada pemikiran terutama dengan berfikiran dengan tenang dan memupuk perasaan sabar dalam diri.
Dengan bersabar kita akan mudah menilai dan mampu berfikiran secara rasional dalam membuat sebarang keputusan. Hal ini berpunca dari sistem badan yang bergerak secara tenang serta otot-otot yang kurang tegang memberikan keselesaan kepada minda untuk membuat pertimbangan yang terbaik. Oleh itu sekiranya kita ingin mencapai sesuatu, pastikan kita melakukan dengan tenang beri peluang untuk minda kita memproses dengan berstruktur dan sistematik.
2 thoughts on “Tips tenang dan bersabar”
Mungkin perlu utk fikirkan tentg diri, bnyk muhasabah..renung2an 🙂
Betul..Kunci utama mmg perlu kita sedar kat mana kita berada n situasi apa yg sedang belaku.. cool 🙂