Top Syarikat di Malaysia Untuk Mohon Kerja

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sebelum membuat keputusan memilih pekerjaan, rata-rata rakyat Malaysia akan melihat kepada beberapa faktor iaitu faedah dan insentif, reputasi syarikat, persekitaran pekerjaan, gaji yang tinggi dan peluang kenaikan pangkat. Kajian yang dibuat pada tahun 2017 melalui laman web Jobstreet.com menjadi laman carian yang paling tinggi di Malaysia! Laman ini menjadi pilihan rakyat Malaysia apabila mencari sebarang perkerjaan.

Top Syarikat di Malaysia Untuk Mohon Kerja 1

Top #1 – Google

Sebuah syarikat teknologi gergasi US yang tidak asing lagi! Google Malaysia telah menjadi pilihan yang paling atas iaitu pekerjaan yang berada dalam senarai pilihan rakyat Malaysia. Malah, Google telah dinobatkan sebagai tempat kerja terbaik sepanjang 2017. Pemohon yang terpilih bagi bekerja di bawah syarikat Google dikatakan beruntung. Hal ini disebabkan, para pekerja dapat bergabung dengan beberapa orang hebat dalam internet dunia. Bukan itu sahaja, Google juga menyediakan kemudahan yang lengkap untuk keselesaan para pekerja mereka. Bahkan, gaji yang ditawarkan sangat lumayan. Oleh sebab itu, Google menjadi pilihan pertama rakyat Malaysia untuk berkerja.

Top #2 – Petronas

Syarikat minyak mentah yang menduduki tangga ke-2 ini pernah dinobatkan sebagai sebuah syarikat paling menguntung di Asia pada tahun 2008! Dalam sebulan bekerja, pekerja mampu memperoleh gaji yang sangat besar. Namun begitu, pekerjaan ini memerlukan kudrat serta fizikal dan mental yang tinggi dalam menghadapi pekerjaan sebagai salah seorang pekerja minyak mentah. Sesuai dengan syarikat tersebut, kuantiti yang besar dihasilkan oleh kualiti yang bermutu.

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

Top #3 – Shell

Selain syarikat Petronas, salah satu syarikat yang menjadi pilihan ialah syarikat Shell. Kedua-dua syarikat ini telah menduduki tempat kedua dan ketiga selama dua tahun berturut-turut yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Mendapatkan pekerjaan dalam industry minyak dan gas dengan menghasilkan produk gas ke cecair dalam sesebuah syarikat multinasional merupakan peluang yang jarang dan sukar untuk diperoleh. Bekerja di bawah Shell memerlukan kelayakan yang tinggi dan kerjaya tersebut bukan mudah untuk dilakukan. Faktor gaji serta peluang kenaikan pangkat yang ditawarkan telah menjadi salah satu faktor syarikat Shell menjadi pilihan!

Top #4 – Sime Darby

Syarikat Plantation yang mampu mengukuhkan kewangan yang telah mendapat perhatian dunia! Sime Darby juga merupakan syarikat teratas di papan utama bursa saham Malaysia. Malah bukan itu sahaja, Sime Darby turut melancarkan kempen sosial korporat yang membantu beberapa organisasi yang memerlukan. Sime Darby juga tidak kurang hebatnya!

Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

Top #5 – Air Asia

“Air Asia, now everyone can fly!” Slogan yang tidak asing oleh sebuah syarikat penerbangan berkos rendah. Air Asia menjadi pilihan rakyat Malaysia berada dalam kedudukan yang kelima. Sebagai seorang pemohon yang memohon dalam kerjaya penerbangan, semestinya memerlukan kelayakan yang mencapai standard syarikat tersebut.

Senarai di atas merupakan syarikat Top #5 yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mencari pekerjaan. Syarikat lain yang menjadi carian pilihan sepanjang tahun 2017 antaranya ialah #6 Maybank, #7 Nestle, #8 Intel, #9 Tenaga Nasional dan #10 EcoWorld. Rata-rata pilihan yang dibuat merupakan syarikat yang hebat-hebat belaka! Oleh itu, syarikat yang hebat memerlukan pekerja yang hebat juga.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mencari pekerjaan yang tepat dan bersesuaian dengan anda! Pastikan anda peka dengan setiap kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh beberapa syarikat tersebut. Sekiranya anda diberi peluang untuk berkhidmat di salah sebuah syarikat tersebut, jangan lepaskan pula yang ada. Anda sedang mengukir masa depana yang cerah dan mengaut peluang yang datang mungkin hanya sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *