Transformasi Pendidikan Vokasional, Peluang Baik Terbuka Luas

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bidang kemahiran merupakan salah satu bidang yang perlu diambil kira kini, jika dulu ia dilupakan tetapi dalam diam bidang kemahiran ini memberikan pekerjaan dan pendapatan lumayan pada mereka yang celik dan sedar tentang kepentingan berkemahiran. Oleh itu, dalam keadaan Negara yang ekonominya semakin mencabar, bidang kemahiran ini diperhebat lagi demi membantu menghadapai dugaan pekerjaan yang mendatang.

Menerusi Taklimat Transformasi Pendidikan Vokasional pada 1 Disember 2014 ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui dan faham bekenaan transformasi pendidikan vokasional ini :

  1. Program Vokasional bukan utk pelajar ‘tak pandai’ tapi lebih kepada pljr bukan akademik.
  2. Pelajar bukan akademik ini akan lahir sebagai tenaga mahir dalam negara dan menyumbang kepada matlamat malaysia menjadi negara maju.
  3. Semua program kemahiran dan vokasional ditawarkan di KV/ILKA (ILP& Giatmara) /ILKS (ranaco,kru academy,MATA dll)
  4. KV menawarkan 2 bentuk pengajian iaitu pra diploma (sijil SKM tahap 1&2 ;2 tahun) dan program diploma (SKM tahap 4; 2thn 3 bln)
  5. LPM & JPA mengiktiraf penilaian BM KV setaraf dengan BM SPM melalui penilaian berterusan secara one-sitting. Pengiktirafan ini bermakna pljr2 KV layak memohon jawatan dlm JPA.
  6. Graduan KV blh melanjutkan pljrn ke Malaysia Technical University Network (MTUN). Graduan rintis masih dalam pengajian dn akan tamat pd 2016.
Info Tambahan :  6 Kemahiran Hidup Powerful di Kampus Universiti

Golongan Sasaran Kolej Vokasional

Golongan sasaran KV adalah pljr lepasan PT3 dengan keputusan A ,B, C (keutamaan) dan D (releven utk 1-2 course). Kesimpulannya Pendidikan Vokasional di TRANSFORMASIKAN untuk melahirkan tenaga mahir Negara. Jadi kalau dulu mindset kita ‘tak nak belajar kemahiran’ BETUL!! tapi SALAH untuk masa kini..

Tarikh Penting Kolej Vokasional

Tarikh online : 3 Nov hingga 26 Dis 2014
Tarikh proses maklumat (bptv): 27 – 31 Dis
Tarikh Temuduga : 2 Jan – 10 Jan 2015
Tarikh proses pmilihan (bptv) :11 Jan 2015
Tarikh semak pmohonan plajar : 12 – 18 Jan 2015
Tarikh daftar pelajar : utk KV – 19 jan 2015.
Utk SMTĀ  : 26 Jan 2015
Daftar gantian : 27 – 28 Jan 2015

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

*Tarikh Tertakhluk pada perubahan

One thought on “Transformasi Pendidikan Vokasional, Peluang Baik Terbuka Luas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *