Tsunami di Kudat Menimbulkan Kerisauan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Semalam iaitu 11 mac 2011 merupakan tarikh yang mampu menjadi mimpi bagi mereka yang membuat petempatan di persisiran pantai serta pelabuhan-pelabuhan sekitar kudat. Gegaran di Jepun, serta beberapa tempat di china membuatkan paras air laut meningkat dengan mendadak hingga menimbulkan tsunami. Banyak kemusnahan yang berlaku serta ianya mampu menjejaskan sedikit sebanyak ekonomi jepun walaupun ia dikatakan memerlukan masa untuk dipulihkan.

 

Gambar dari: selangorkini.com.my tsunami di jepun

Kenaikan paras air laut mendadak juga membawa ombak yang besar dan membawa banyak runtuhan serta kereta sehinggakan mampu menjadikan ianya bahaya hingga cukup kuat untuk menghentam apa sahaja yang dilaluinya.

Baca Juga :  Rayuan UPU STPM 2017 dan Masalah Pilihan 3 dan 4
Gambar dari : selangorkini.com.my tsunami di jepun

Kerisauan ini juga dirasai oleh penduduk disekitar Kudat Sabah, mengikut sumber dari pengirim gambar pembaca setia xpresi.org ini yang juga penduduk persisir pantai Kudat, penduduk kawasannya mula bergerak ke kawasan tinggi bermula pukul 7.00 malam semalam. Kebanyakannya terpaksa bermalam di tepi jalan berhampiran Balai Polis Kudat dan juga Hospital Kudat.

Katanya keadaan tidak terlalu panik, tetapi ia sekadar berhati-hati terutama mereka yang membuat rumah diatas air dan juga penempatan terlalu hampir dengan pantai.

Di kawasan berdekatan Balai Polis Kudat

Kebanyakan mereka yang berada di tepi jalan dan tempat letak kereta hospital hanya membawa sedikit barang-barang dalam kereta dan hendak menunggu sehingga pukul 12 tengah malam ekoran amaran berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh JabatanĀ Meteorologi Malaysia iaitu dari pukul 6-12 mlm semalam.

Namun demikian mereka menarik lafas lega apabila diumukan oleh Radio Muzik pada pukul 10.15mlm bahawa amaran berjaga-jaga ditarik balik dan beransur pulang kerumah masing-masing. Namun demikian, angin masih kuat dan sekali sekala hujan turun.

Baca Juga :  Keputusan SPM 2018, Semakan Online SMS dan Tarikh
Berdekatan simpang Taman Orkid

** Harap maaf, gambar kurang jelas kerana melindungi identiti serta keadaan waktu malam yang terlalu gelap.

 

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here