Tugas Jururawat dan Kerjayanya

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jururawat

Mungkin ada yang berminat untuk menjadi seorang jururawat, Terlebih dahulu perlu mempunyai informasi serta mengetahui apakah tugas jururawat. Jururawat bukan sahaja tugasnya dilihat seperti kebiasaan di hospital membantu pesakit, tetapi ada beberapa perkara lagi perlu diketahui bekenaan tugas sebagai jururawat.

Jururawat ini terdapat di kumpulan Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) dibawah Kementerian Kesihatan sekiranya bekerja sebagai jururawat di sektor kerajaan.

Gaji Jururawat

Sebut pasal gaji ini, kami tidak dapat member jumlah yang tepat kerana ia bergantung pada situasi semasa dan imbuhan lain. Walaubagaimanapun kami memberikan anggaran mengikut sumber kami iaitu sekitar RM 1,300 hingga 3,600 gaji pokok tanpa elaun bagi yang baru mula bertugas. Untuk kenaikan tangga gaji seterusnya boleh mencapai  sehingga RM 4,000.

Syarat dilantik ke jawatan

  • warganegara Malaysia;
  • Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tugas Jururawat

Rawatan Kesihatan Keluarga

  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
  •  Perkhidmatan lawatan ke rumah.
  • Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
  •  Perkhidmatan perancang keluarga.
  •  Pendidikan kesihatan.

Penyeliaan

  • Menyelia kakitangan ‘ Auxilliary’ dan kakitangan lain dalam institusi semasa
  • Menyelia bidan kampung dan swasta berdaftar

Pentadbiran

  • Mentadbir klinik
  • Membantu membuat penilaian kakitangan dibawah
  • Menyimpan rekod kesihatan secara sistematik di kawasan semasa
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah

Memberi latihan kepada pelatih kesihatan baru separa perubatan semasa.

Tugas jururawat semasa di hospital

  • Menjaga pesakit seperti mengurus, melayan makan minum, kebersihan pesakit, merawat ibu bersalin, merawat dan penjagaan bayi selepas kelahiran.
  • Membantu doktor dalam rawatan pesakit.
  • Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan Kakitangan bawahan.
  • Membantu ketua jururawat, pentadbiran wad serta penilaian pelatih baru.

Menjadi seorang jururawat perlulah mempunyai ketahanan mental yang tinggi kerana ia berada pada tahap pekerjaan melayan karenah manusia lain yang mana boleh menimbulkan ketidakselesaan dan masalah-masalah luar jangka akibat dari ragam manusia yang berlainan.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aziz
Guest
1 year ago

JAWATAN KOSONG PARAMEDIK AMBULAN INSAF MALAYSIA DI KUALA LUMPUR. TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT SILA EMAILKAN RESUME ANDA TERUS KEPADA [email protected]

syazrina
syazrina
Guest
4 years ago

assalamualaikum…. macam man nak beza yang mana kolej kerajaan dan yyang mana kolej swasta…..

Oh Kerjaya
Guest
5 years ago

Oh! Baru saya tahu apakah tugas jururawat… sebelum ni tahu sikit je. Terima kasih admin kerana sudi berkongsi 🙂

noor azira
noor azira
Guest
5 years ago

salam..apa kelayakan bagi jururawat?

jambu batu
Guest
5 years ago

Terbuka minda dengan kerjaya seorang jururawat ni.. terima kasih atas entri yang menarik .

fiziesss
Admin
Reply to  jambu batu
5 years ago

Sama2..

Farahanis bt mohd yusop
Farahanis bt mohd yusop
Guest
7 years ago

Saya berminat kerjaya dalam bidang kejururawatan..bagaimana saya perlu mengisi untuk menjadi sebahagian dalam bidang tersebut.jawapan encik/puan amat saya hargai.terima kasih

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x