Tugas Juruteknik Komputer dan Kerjaya

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tugas Juruteknik Komputer dan Kerjaya 1
Juruteknik Komputer

Mungkin ada yang bercita-cita untuk menjadi juruteknik komputer, Juruteknik komputer sebenarnya mempunyai tugas dan haluan kerjaya tersendiri. Bagi yang berminat membaiki komputer atau sentiasa bersama dengan komputer hampir setiap masa sangat sesuai dengan kerja sebagai juruteknik komputer ini. Jika kereta  ada mekanik kereta, begitu juga komputer juga mempunyai juruteknik komputer. Umum mengetahui bahawa penggunaan komputer semakin hari semakin bertambah. Sehari mungkin terdapat beribu-ribu komputer ditempat anda yang perlu dibaiki. Dalam tempoh masa yang singkat pasti akan keluar teknologi komputer baru yang pastinya memerlukan seseorang yang pandai menyelenggaranya.

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Tahap pendidikan dan Laluan kerjaya

Untuk menjadi seseorang yang mahir dalam baikpulih komputer, seseorang perlulah melalui banyak sesi membaikpulih serta praktikal daripada teori. Aspek seperti ini banyak diterapkan di Istitusi-Institusi kemahiran, bagi yang berminat bolehlah mengambil Sijil Kemahiran yang ditawarkan.

  • Diploma Teknologi Komputer/ setaraf atau
  • Sijil Kemahiran Malaysia ( teknologi Maklumat – Sistem Komputer )/ Setaraf

Berapa gaji juruteknik komputer?

  • Jika kerja makan gaji, kebiasaanya bayaran sekitar RM 1,200 – 1,800 diberikan
  • Jika kerja sendiri dengan mengambil upah perkhidmatan mungkin hasilnya lebih mengikut teknik pemasaran yang digunakan.

Tempat belajar

Ilmu kemahiran perlulah dipelajari, bagi yang berminat institusi  seperti dibawah mungkin menyediakan Kursus komputer ini ;

  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • ILJTM
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/latihan kemahiran awam/swasta berkaitan
Info Tambahan :  LinkedIn Penting ke? 8 Cara Pasarkan diri di LinkedIn

Tugas Juruteknik komputer

Sebagai juruteknik komputer, tugas-tugas berikut adalah menjadi rutin dalam kerjanya :

  • Menjalankan kerja penyelenggaraan pencegahan dan kelengkapan komputer, kerja peningkatan keupayaan komputer serta kerja-kerja yang berkaitan dengan memateri dan memasang kabel komputer;
  • Melaksanakan program mengikut keperluan pengguna komputer;
  • Menjalankan ujian ke atas perkakasan dan perisisian yang baru dibeli; dan
  • Memberi nasihat kepada pengguna jika berlaku kerosakan.

4 thoughts on “Tugas Juruteknik Komputer dan Kerjaya”

  1. Pingback: Senarai Pengajian Kursus Susah Dapat Kerja –Xpresi

  2. assalamualaikum… sy ada dpt intrview juruteknik knputer ne… sy memng xda idea… sy xtau pape pn… stakt yg asas blh la.. mohon nsht n apa prlu bt demi masa depan:),..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top