Untuk kali ini, kami sediakan tutorial video cara isi pelaporan LPBK. Untuk makluman, info ini adalah khas kepada guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Kegunaan tutorial ini diharap dapat membantu untuk mengisi pelaporan.
Untuk makluman, apa yang ditunjukkan dalam video ini adalah ringkasan dan ianya tidak semestinya tepat kerana ia mengikut perancangan pentadbir sistem. Walaubagaimanapun demikian, diharapkan video yang disediakan dapat membantu pengisian guru yang baru dengan LPBK.
Update : 12/11/2017 versi 2
Cara Isi Pelaporan LPBK
Untuk lebih faham, GBK perlu muat turun Manual pengguna dalam sistem
- Pergi ke alamat https://epkm.moe.gov.my/
- klik pada Guru Kaunseling
- Masukkan logindetail
- Muat turun file seperti foto dibawah
- Pastikan anda extract file tersebut untuk melihat kandungannya
- Menu pengguna dan file excel LPBK juga disertakan dalam file tersebut.