TVET : 3 Kelebihan Bidang Vokasional (TVET)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tvet

TVET : Kelebihan bidang vokasional (TVET) ada banyak tetapi masih ramai yang tidak ketahuinya. Hal ini disebabkan masih ramai yang menjadikan bidang ini sebagai salah satu pilihan kedua di dalam bidang kerjaya. Tetapi sebenarnya bidang TVET ini terlalu banyak kelebihan sehingga ramai yang terlepas pandang. Justeru itu, penulisan kali ini akan lebih menerangkan kelebihan bidang TVET ini.

TVET adalah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Ianya adalah salah satu proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Justeru itu, bagi pelajar yang mengikuti atau memlihi bidang TVET ini maka mereka akan lebih fokus kepada pekerjaan selepas tamat latihan. 

TAHUKAH ANDA!!!

Bidang vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik atau sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional (berkaitan pekerjaan). isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang.

Objektif Bidang Vokasional (TVET)

Tvet

Antara objektif bidang vokasional (TVET) adalah seperti:-

  • Melahirkan separa profesional (juruteknik/ pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan
  • Selepas tamat pengajian, pelajar mempunyai peluang ke IPTA, IPTS dan IInstitusi latihan kemahiran awam atau swasta
  • Atau terus ke alam pekerjaan selepas tamat pengajian 

Penerangan Bidang Vokasional (TVET)

Penerangan serba sedikit berkenaan dengan bidang vokasional (TVET) ini adalah seperti:-

  • Program ini merangkumi dua tahun pengajian di peringkat Sijil dan dua tahun 6 bulan di peringkat Diploma (termasuk 5 bulan on The Job Tranning)
  • Pelajar yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Murid yang dianugerahkan SVM dan melepasi syarat kemasukan layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama
  • Pelajar yang TIDAK melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang sama dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai
  • Pelajar yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan kompeten bagi memenuhi keperluan Industri dan Entrepeneur.

3 Kelebihan Bidang Vokasional (TVET)

Antara kelebihan bidang vokasional (TVET) adalah seperti:-

  1. Menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding dengan lulusan program akademik
  2. Mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan
  3. Menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET
“Segulung ijazah bukanlah suatu yang dikejar, tetapi pada masa kini kemahiran dan ilmu adalah suatu yang berharga berbanding teori dan ilmu”

Pada masa kini, pelajar lepasan Vokasional (TVET) sudah menjadi rebut kebanyakan syarikat yang lebih tertumpu kepada kemahiran. Justeru itu, nasihat kepada semua pelajar yang TIDAK mendapatkan tawarakan untuk menyambung penagjian ke peringkat ijazah, anda boleh memilih laluan ini untuk menyambung pengajian anda. 

Info Tambahan :  Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris Sesi 2/2021, Beaufort Sabah
***ILMU ALLAH ITU LUAS MAKA, KITA PERLU MENGALI ILMU TERSEBUT AGAR KITA PEROLEHINYA***
Kerja

Kerja

Buat pengetahuan umum, antara program pengajian yang ditawarkan adalah seperti:-

  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Pemesinan Industri
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara
  • Teknologi Pembinaan
  • Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
  • Seni Kulinari
  • Bakeri dan Pastri
  • Pelancongan
  • Seni Reka Fesyen
  • Kosmetologi
  • Pengajian Awal Kanak-kanak
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kesetiausahaan Pentadbiran
  • Insurans
  • Pemasaran
  • Pengurusan Peruncitan
  • Perakuanan
  • Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
  • Multimedia Kreatif Animasi
  • Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
  • Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
  • Agroindustri Tanaman
  • Agroindustri Ternakan Ruminan
  • Agroindustri Ternakan Poltri
  • Teknologi Mekanisasi Agro
  • Bioteknologi
  • Akuakultur
  • Hortikultur
  • Seni Bina Lengkap
  • Pemprosesan Makanan
Info Tambahan :  Matrikulasi Atau Diploma, Mana Menjadi Pilihan Hati

Justeru itu, bagi pelajar lepasan SPM atau PT3 yang berminat di dalam bidang kemahiran ini, anda DIGALAKKAN untuk memohon bidang vokasional ini. Sangat DIGALAKKAN untuk mengambil atau mengikuti bidang vokasional ini selepas tamat pengambilan PT3 kerana ianya lebih menjimatkan masa. Walaubagaimana sekalipun, dalam setiap bidang dan permohonan perkara yang penting adalah minat.

Sekiranya anda mempunyai minat yang besar di dalam bidang kemahiran ini maka anda sangatlah DIGALAKKAN untuk memohon bidang vokasional ini sekiranya tidak, jangan membuang masa anda. 

Tvet

PERINGATAN!!!

Setiap satu bidang yang diceburi mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan. Justeru itu, sebagai pelajar anda perlu kuat dalam menghadapi cabaran ini agar anda TIDAK mudah berasa sakit apabila mendapat satu kegagalan.

Rujukan :-

https://www.moe.gov.my/pendidikan/tvet/kolej-vokasional

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments