Untuk pengetahuan, sekiranya anda ada memohon ke UiTM, semakan ke UiTM telahpun dibuka sejak 12 ogos lagi. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi iaitu pada 22 ogos 2015 tarikh tutup sah/ setuju penerimaan . esok pula adalah hari akhir untuk membuat rayuan iaitu 21 ogos 2015.
Memilih untuk ke UiTM juga merupakan kelebihan untuk mendapatkan kemudahan yang lebih baik dalam menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Bagi yang berminat ke UiTM anda perlu selalu singgah ke Laman Rasmi UiTM ( maklumat Lanjut ) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan semakan atau permohonan.
Tatacara Permohonan ke UiTM
- Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN [ Slip BSN ]
- Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
- Sila kenalpasti Kategori Anda
Kategori |
Pra Diploma |
Diploma / Asasi |
Sarjana Muda |
Profesional |
Penerapan |
Setara Sepenuh Masa / Pengajian Luar Kampus |
Sila kena lpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]
Semasa Mengisi Borang Permohonan
- Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
- Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
- Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
- Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
- Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem
Selepas Membuat Permohonan
- Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
- KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
- Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.