Ujian Kecergasan dan Bertulis IPG

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Kepada calon yang mendapat tawaran untuk ke IPG , seperti yang anda tahu ujian KECERGASAN dan BERTULIS adalah wajib anda lalui bagi melayakkan diri anda diterima masuk ke IPG . Oleh itu , disini akan dikongsikan “bagaimanaka ujian fizikal yang akan anda lalui dan apa yang ada dalam ujian bertulis”.

Ujian Kecergasan IPG
Ujian Kecergasan IPG

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

  1. UKURAN BERAT BADAN DAN KETINGGIAN
    Untuk pengetahuan calon, anda akan menghadapi 5 ujian dalam segment ini yang akan dimulakan dengan ukuran berat badan dan ketinggian. Kepada anda yang memiliki berat badan yang berlebihan, digalakkan untuk melakukan senaman bagi mengurangkan berat badan anda , begitu juga dengan calon yang kekurangan berat badan, selayaknya anda menambah badan agar BMI anda seimbang
  2. UJIAN KETEGANGAN URAT
    Selepas ukuran BMI, calon akan menghadapi ujian ketegangan urat yang lebih dikenali sebagai “Bangkit Tubi”, untuk pengetahuan calon untuk ujian ini anda akan mengalami 4 tahap yang perlu anda lepasi. Tahap pertama,calon dikehendaki berbaring serta lutut akan diangkatsedikit dengan kaki 90 darjah, lalu anda perlu bangkit sehingga badan menyentuh lutut serta tangan lurus kedepan. Untuk tahap kedua, kedudukan masih sama namun calon perlu mencapai lutut menggunakan siku . Tahap ketiga, calon hendaklah menyentuh lutut meggunakan kepala dalam masa yang sama anda perlu dalam keadaan berpeluk tubuh atau tangan bersilang di badan . Tahap yang terakhir ialah silangkan tangan di kepala dan bangkit sehingga menyentuh lutut .
  3. LOMPAT 10 SAAT – Ujian seterusnya ialah lompat selama 10 saat . Untuk pengetahuananda, calon hanya dihadkan melompat dalam ruang atau sudut yang disediakan tanpa memijak garisan iaitu garisan yang berbentuk “+” selama 10 saat .
  4. MEMBUKA KAKI SATU HASTA  – Selepas itu , calon dikehendaki Membuka kaki sekurang-kurangnya satu hastadimana pada masa yang sama tangan calon hendaklah mencapai lantaidan menyentuh dinding dibahagian belakang . Bagi pemarkahan dalam ujian keempat ini , setiap sentuhan dinding dikira 1 markah, untuk mendapat markah penuh calon perlu melakukannya sebanyak 45 kali .
  5. LARIAN 20 METER – Ujian yang terakhir untuk Kecergasan fizikal ialah lari 20 meter .Untuk makluman calon, ujian ini merupakan ujian yang agak mencabar dari ujian sebelumnya. Larian 20 meter ini mempunyai 6 ke 7 tahap atau level yang perlu dilepasi oleh setiap calon, dimana setiap setiap tahap calon perlu lari sebanyak 6 kali , misalnya untuk tahap 1 ada 6 kali pusingan larian sebelum ke tahap seterusnya. Dalam ujjan ini “kaki” calon perlu melepasi Kon yang disediakan.
Baca Juga :  Peluang Sambung Belajar ke Luar Negara Lepasan Matrikulasi

UJIAN BERTULIS

Kepada calon yang menerima tawaran, ujian Bertulis ini terbahagi kepada 2 Bahagian iaitu bahagian A dan B . Anda dikehendaki menjawab semua soalan selama 45minit sahaja . Untuk soalan bahagian A terdapat 135 soalan manakala bahagian B mempunyai 60 soalan . Bukan itu sahaja anda hanya dibenarkan menggunakan pensel 2B sahaja untuk menjawab .Di dalam ujian ini, soalan lebih berfokuskan tentang inventori sahsiah seorang guru sepeti perwatakan , sifat-sifat yang perlu ada untuk seorang guru .

Bagaimanakah bentuk soalan yang dianjurkan ?
Terdapat beberapa contoh soalan ujian bertulis ini seperti :-
1) Saya sering cari peluang untuk membina hubungqn interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat .
• A . Setuju B. Tidak setuju
2) Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
• A. Setuju B. Tidak setuju
3) Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik
• A. Setuju B . Tidak setuju
4) Saya akan dipandang rendah jika merendah diri
• A. Setuju B . Tidak setuju

Baca Juga :  Cara Jadi Guru Institusi Kemahiran Awam dan Swasta

Kesimpulannya, setiap calon yang terpilihperlu menyiapkan diri dahulu sebelum melalui ujian-ujian ini, tidak kira dari segi fizikal mahupun mental.Hal ini bagi mengelakkan calon menghadapi kesukaran berlaku dalam setiap tahap ujian yang diberikan nanti.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here