Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG 2015

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Info ringkas ini bagi memaklumkan satu Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG akan dikenakan kepada calon-calon yang layak. Ujian ini bagi menguji kelayakan dalam permohonan menjadi guru.

Untuk pengetahuan, maklumat calon  yang layak untuk mengikuti ujian kelayakan calon guru UKCG akan mula boleh disemak esok iaitu pada 24 mac 2015 sehingga 30 mac 2015.

Mengikut Arkib ( tahun-tahun sebelumnya ) kami, UKCG ini termasuk :

Sesi Ujian Bertulis

Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal

Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.

Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.

Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .

SESI TEMU DUGA

Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.

Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

PEMILIHAN

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan UKCG

Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

Maklumat lanjut semakan dan info lain boleh terus rujuk di Laman Rasmi Pengambilan .

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x