UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sudah bermulanya tahun baru, 2020 sudah kita jejak. Beberapa minggu pertama atau boleh dikatakan sepanjang bulan Januari anak-anak atau murid yang bersekolah akan sibuk dengan pendaftaran mereka. Ada yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah harian, ada yang memilih sekolah agama, ada yang memilih sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. Tidak dilupakan juga kepada para pelajar yang memohon ke asrma penuh.

Sebelum ke asrama penuh, selalunya para pelajar akan menghadapi ujian yang menandakan samada anda lulus ke asrama penuh ataupun tidak. Sebelum itu, mari kita lihat sedikit sebanyak mengenai asrama penuh dan cara untuk memohon.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (Menggantikan PMR mulai tahun 2014).

Image result for asrama penuh apa itu

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

  1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?

Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang www.moe.gov.my. 

  1. Siapakah yang boleh memohon? 

Murid Tahun Enam 2018 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) atau Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. 

Murid Tingkatan Tiga 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. 

  1. Bolehkah murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon?

SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja. 

  1. Bilakah permohonan mula dibuka?
  2. Permohonan akan mula dibuka apabila Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) mengeluarkan iklan di portal KPM
  3. Apakah syarat minimum kelayakan untuk memohon SBP? 

Tiada kelayakan minimum untuk permohonan ke SBP. Pemilihan murid adalah berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk masuk ke SBP. 

  1. Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan?

 Permohonan boleh dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan. 

  1. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?

Murid hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem.

  1. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?

Murid perlu merujuk kepada pihak BPSBPSK jika akses disekat dan membuat semakan di pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.

  1. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan Murid Tingkatan 1: 

  • Murid mestilah warganegara Malaysia. 
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK) 
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik 
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

        Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4: 

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. 
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain). 
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS). 
  • Murid aktif dalam kokurikulum. 

    10a) Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

          Murid masih perlu mengisi permohonan secara dalam talian. 

          b)Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

  Murid yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Murid yang telah dikenalpasti ini akan                 dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan. 

  1. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Murid masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

  1. Adakah murid perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?

Murid tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bermula tahun 2017, kemasukan pelajar tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh perlulah menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) terlebih dahulu. UKSBP merupakan sebuah ujian saringan yang akan dilalui oleh pelajar yang terpilih dalam permohonan kemasukan ke SBP. Ujian ini merupakan salah satu syarat kelayakan yang wajib buat pelajar tahun 6 yang ingin memasuki SBP Tingkatan 1 pada tahun hadapan.

UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (UKSBP)

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)?

UKSBP adalah satu ujian saringan yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk belajar di SBP dan dilaksanakan kepada murid yang membuat permohonan secara dalam talian sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

  1. Apakah kelayakan minimum untuk murid memduduki UKSBP?

Semua murid yang membuat permohonan dalam talian kemasukan ke SBP layak untuk memduduki UKSBP.

  1. Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

        Murid yang Berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk SBP.         

  1. Dimanakah UKSBP akan dijalankan dan bagaimana untuk menyemak keputusan pusat UKSBP?

UKSBP akan dijalankan di 155 pusat di seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan melalui sekolah dan portal Jabatan Pendidikan Selangor.

  1. Berapa lamakah jangkamasa UKSBP dijalankan dan berapakah bilangan soalan UKSBP yang perlu dijawab oleh murid?

Jangkamasa ujian adalah 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 domain dalam masa yang ditetapkan.

  1. Bagaimanakah perjalanan UKSBP di pusat ujian yang telah ditetapkan?

UKSBP akan dijalankan dalam 3 sesi setiap hari di pusat ujian. Bilangan murid untuk setiap sesi sudah ditentukan oleh pihak BPSBPSK dan Pentadbir Pusat Ujian. 

  1. Jika murid berada di luar kawasan ketika tarikh UKSBP berlangsung, bagaimanakah caranya untuk murid mengambil ujian tersebut? 
  2. Dalam negara 

Murid boleh menduduki UKSBP di pusat yang berdekatan jika berada di dalam negara. Murid hanya perlu membawa bersama slip menduduki peperiksaan yang telah dicetak. 

  1. Luar negara 

Murid diberi peluang untuk ambil ujian dalam mana-mana sesi sepanjang ujian berlangsung. Jika masih di luar negara pada tarikh tersebut, murid berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. 

  1. Adakah murid yang tidak berjaya/tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

PERKARA PENTING!

Persediaan Menghadapi UKSBP

Murid diingatkan untuk:

  • Bawa MYKAD
  • Print slip kelayakan atau penempatan ke UKSBP yang dicetak dari laman sesawang KPM.
  • Berpakaian uniform sekolah yg lengkap.
  • Bawa alat tulis (calculator tidak digunakan tetapi boleh standby je)
  • Hadir 45 minit lebih awal dari masa ujian dijalankan.
  • 50 soalan objektif akan dijawab secara online. (ini berdasarkan UKSBP 2018)
  • Pastikan anak mahir menggunakan komputer tanpa encik tikus (mouse). Sebab ada komputer yg tiada mouse. Ikut nasib
  • Soalan dijana oleh komputer secara rawak.
Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Soalan terbahagi kepada 5 komponen:

  • IQ (kemampuan intelektual, rasional dan logik) : 10 SOALAN
  • EQ (Kemampuan emosi terhadap diri sendiri atau orang lain) : 10 SOALAN
  • SQ ( Kerohanian dan kemampuan jiwa menangani kehidupan seharian) : 10 SOALAN
  • SSQ (kemampuan ataukelebihan diri berinteraksi dengan orang lain) : 10 SOALAN
  • PENGETAHUAN AM. 10 SOALAN

JUMLAH: 50 SOALAN

Berikut adalah diantara contoh soalan UKSBP yang dikongsikan oleh ibu bapa di laman sosial. Untuk soalan-soalan EQ dan SQ, pilihlah jawapan yang paling positif manakala untuk soalan pengetahuan am, murid perlu ambila tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara dan lain-lain lagi.

Untuk soalan matematik, soalan berdasarkan peratus, operasi bergabung, nisbah, sudoku.

Soalan berkaitan matematik, pengetahuan am, sukan, sejarah, sains, geografi dan sebagainya adalah diantara soalan yang ditanya kepada murid semasa ujian dijalankan.

  1. Pencipta Jalur Gemilang
  2. Bapa permodenan Malaysia
  3. Tarikh penubuhan Malaysia
  4. Labu sayong berasal dari negeri mana
  5. Adat Pepatih negeri mana
  6. Kuih tradisional Sarawak
  7. Produk keluaran Proton
  8. Preve adalah model kereta apa
  9. Tindakan jika anda dibuli oleh kawan
  10. Unit mengukur kekuatan gempa bumi
  11. Sinonim perkataan amalan
  12. Perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji pelajaran
  13. Berapakah wilayah di Malaysia
  14. Apakah yang perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan
  15. Apakah senjata kebesaran diraja
  16. Anda rosakkan calculator kawan, apakah tindakan anda
  17. Siapa pengasas Facebook
  18. Tindakan jika kawan Facebook mengajak temujanji
  19. Orang pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas
  20. Huraikan tentang Fotosentisis
  21. Kaum terbesar di Sabah
  22. Gelaran buat jaguh pecut basikal negara Azizulhasni Awang
  23. Nama pemain bolasepak Sepanyol
  24. Siapakah penjajah pertama Malaysia
  25. Siapakah cipta lampu
  26. Genting Highland terletak di mana
  27. Apakah tarian terkenal di Johor
  28. Siapakah cipta telefon
  29. Siapakah cipta kapal terbang
  30. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat
  31. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda
  32. Apakah nama ibu negara Malaysia
  33. Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa
  34. Beryl jenama apa
  35. Le tour de langkawi sukan apa
  36. Kalau tak sesuai duduk di asrama nak buat apa
  37. Anda dah siapkan 3 muka surat kerja maths tetiba adik umur 8 tahun koyakkan, apakah tindakan anda
  38. Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda
  39. Kalau tersepak bola kena tingkap nak buat apa
  40. Soalan-soalan sudoku
  41. Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa
  42. Apakah tahun selepas 2 dekad berdasarkan tahun yang diberi
  43. Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa
  44. Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
  45. Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang
  46. Wau dari mana?
  47. Pulau Pangkor terletak di mana?
  48. Kalau bendera jatuh, apa nak buat?

Salah satu daripada soalan UKSBP :-

Jika kawan kamu kejut kamu ke tandas pada pukul 2 pagi. Apa tindakan kamu?

  • Teman kawan ke tandas
  • Abaikan kawan kamu dan tidur semula
  • Suruh kawan tahan berak dan pergi tandas esok pagi
  • Segera teman kawan ke tandas

Nota : Contoh soalan adalah dari pelbagai sumber di laman sosial dan internet

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *