

Info ringkas bagi pemohon yang bakal melalui ujian MTeST untuk pemohonan ke Program Diploma Perguruan Lepasan IJazah Sekolah Rendah ( DPLI-SR ) j-QAF. Latihan adalah mengikut Mod Perguruan Berasakan Sekolah ( LPBS ) bagi ambilan 2013. Semakan panggilan MTeST boleh mula dibuat melalui Aplikasi semakan yang disediakan.
Aplikasi Semakan Panggilan Ujian MTeST untuk DPLI-SR j-Qaf
Semakan yang telah dibuat sekiranya berjaya boleh membawa tiket panggilan Ujian di tempat ujian yang dinyatakan kebiasaanya pada 20 Oktober ini. Sekiranya ujian MTeST yang baik, calon akan dipanggil temuduga melalui semakan temuduga yang akan dibuka sekitar 12 November ini. Semakan juga boleh disemak melalui online melalui aplikasi online nanti.
Setelah berjaya dipanggil temuduga, surat panggilan temuduga beserta borang butiran diri dan helaian penyataan hasrat bersama dokumen penting lain perlu dibawa ke pusat temuduga yang ditetapkan nanti iaitu sekitar 19-23 November 2012.
Sekiranya baik dalam temuduga, satu semakan online akan dibuka sekitar 10 disember ini bagi memaklumkan status berjaya atau tidak dan ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru ( IPG ) melalui surat tawaran yang dicetak melalui internet semasa membuat semakan. Pada 17 Disember ini calon yang berjaya akan mendaftarkan diri di IPG masing-masing dan kemungkinan sekitar 2 Januari 2013 pendaftaran disekolah akan ditetapkan.
Maklumat dan tarikh dinyatakan adalah gambaran untuk perancangan, namun demikian ia masih tertakluk kepada perubahan oleh pihak KPM.