Info ringkas ini sebagai peringatan kepada pemohon untuk permohonan MRSM 2017 yang memohon untuk kemasukan tingkatan 1 MRSM. Untuk pengetahuan Ujian UKKM Kecenderungan Kemasukan ke MRSM adalah Ujian Khas yang dijalankan oleh MARA bagi pemilihan pelajar lepasan UPSR untuk ke Tingkatan 1 dan lepasan PMR untuk Tingkatan 4 yang benar-benar layak sebagai pelajar MRSM. Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) ini dilaksanakan secara Online, yakni Ujian Berkomputer.


Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) ini mengandungi 3 aspek utama iaitu:
- Matematik – 40 soalan, 1 Jam
- Sains – 50 soalan, 1jam.
- Keperibadian – 100 soalan, setengah jam
Pelajar perlu lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan (UKKM) untuk kemasukan ke MRSM.
Tindakan Pemohon MRSM 2017 Ujian UKKM
Untuk pengetahuan, satu pengesahan ujian UKKM telah dihantar ke email masing-masing. email tersebut adalah pengesahan untuk LOGIN SEMULA dalam sistem dan memilih pusat UKKM/ temuduga. Sistem akan dibuka pada 21 – 30 November 2016. UKKM akan berlangsung pada 5 – 8 Disember 2016.
Mohon ibu bapa membantu dan mengambil tindakan dengan permohonan yang telah dibuat sebelum ini.