Universiti terbaik Malaysia 2020 sudah menjadi igauan kepada semua pelajar. Justeru itu, semua pelajar mengharapkan untuk menempatkan diri ke Universiti terbaik Malaysia. Walaupun dahulunya universiti luar negara menjadi pilihan kerana bagi mereka belajar di luar negara lebih terlihat berjaya berbanding universiti awam.
Tetapi tahukah anda, kebanyakan universiti awam sudah di iktiraf di antarabangsa dalam erti kata mudah universiti di Malaysia sudah bertaraf antarabangsa.
Justeru itu, para pelajar tidak perlu rungsing lagi untuk menempatkan diri di universiti luar negara sedang universiti di Malaysia sudah pun bertaraf antarabangsa. Menurut senarai ranking yang diterbitkan oleh Quacquarelli symonds QS World Univeristy bagi negara Asia, terdapat 27 universiti awam dan Swasta dari Malaysia sudah berada di senarai kedudukan 400 universiti terbaik dalam Asia. Dan Universiti Malaya (UM) merupakan salah satu universiti yang di iktiraf antara 10 universiti terbaik Asia.
Universiti terbaik Malaysia 2020
Dengan ini, kita mampu melihat bahawa Malaysia mengutamakan pendidikan walaupun pendidikan kita tidak sehebat negara maju.
“Jangan pernah menilai sesuatu dari luaran, lihatlah kejayaan dari pelbagai aspek”
Selain daripada universiti awam dan swasta berjaya menduduki 400 universiti teratas ASIA. Universiti awam dan Swasta juga telah berjaya meletakkan universiti di Malaysia 1000 universiti terbaik dunia. Kini kita boleh menilai sama ada universiti di Malaysia terbaik atau tidak.
**Hebat Bukan Universiti di Malaysia ini dan jangan pernah melihat universiti di luar negara sahaja hebat sebenarnya universiti di Malaysia juga hebat**
Senarai Ranking Universiti Awam dan Universiti Swasta Terbaik di Malaysia 2020/2021 (Dunia)
Menerusi rangking yang dikeluarkan oleh QS World University 5 universiti penyelidikan Malaysia iaitu:-
• Universiti Malaya (UM)
• Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Universiti Sains Malaysia (USM)
• Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5 universiti penyelidikan ini telah berjaya meletak universiti mereka 200 universiti terbaik dunia bagi rangking 2020 sekaligus berjaya meletak universiti mereka sebagai antara universiti terbaik Malaysia 2020. Ianya telah menunjukkan peningkatan yang menakjubkan dan membangakan Malaysia.
Universiti Malaya (UM) masih lagi berjaya menempatkan univeristi mereka 100 universiti terbaik dunia iaitu tempat ke 70 pada tahun 2019 dan tempat ke 59 pada tahun 2020.
Bukan itu sahaja, UM juga berjaya mencatatkan 100 universiti terbaik dunia 7 tahub lebih awal daripada tahun yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Dan universiti ini sentiasa meningkatkan rangking dari tahun ke tahun. UM merupakan salah satu senarai universiti terbaik Malaysia 2020.
“Sebenarnya kita semua mampu melakukan yang terbaik hanya perlu keyakinan yang tinggi agar cita-cita untuk melahirkan generasi bijak pandai tercapai”
Selain daripada UM, terdapat juga 4 universiti awam dan 3 Universiti Swasta yang menunjukkan peningkatan dari tahun 2019 ke 2020. Universiti ini juga tersenarai antara universiti terbaik malaysia 2020.
Antara universiti yang menunjukkan peningkatan adalah:-
1) Universiti Putra Malaysia
Tempat ke 159 pada tahun 2019 dan 132 pada tahun 2020
2) Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tempat ke 160 pada tahun 2019 dan 141 pada tahun 2020
3) Universiti Sains Malaysia (USM)
Tempat ke 165 pada tahun 2019 dan 142 pada tahun 2020
4) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Tempat ke 217 pada tahun 2019 dan 187 pada tahun 2020
Manakala, bagi universiti swasta yang mencatatkan nama antara universiti terbaik Malaysia 2020 adalah:-
1) Taylor’s universiti telah berjaya mengunguli rangking teratas dunia bagi universiti swasta di Malaysia.
Dari tempat ke 511-520 pada tahun 2019 dan 379 pada tahun 2020. Universiti ini telah berjaya meningkatkan taraf pendidikan setaraf pendidikan antarabangsa. Universiti ini juga mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan mereka.
“Universiti swasta atau universiti awam merupakan universiti dimana para pelajar mencari ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kualiti hidup masing-masing”
**Peningkatan kualiti hidup mampu meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia setaraf dengan pendidikan antarabangsa**
2) USCI universiti
Tempat ke 442 pada tahun 2019 dan 391 pada tahun 2020
3) UTP
Tempat ke 482 pada tahun 2019 dan 439 pada tahun 2020
Kriteria Asas pengiktirafan universiti bertaraf dunia ini dinilai melalui:-
1) Kertas projek (kesan citation) yang dijalankan di setiap universiti
“Kesan citation disini membawa maksud sekerap mana universiti tersebut menjalankan kajian penyelidikan (menjadi kertas rujukan ahli akademik lain) dan pengaruh penyelidikan di mata dunia”
2) Reputasi kecemerlangan akademik pelajar (termasuklah graduan yang sudah berjaya) dalam bidang yang diceburi.
Bagaimana para graduan universiti menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan. Dan melayakkan diri mereka ke peringkat antarabangsa.
3) Pendapat daripada industri
Pendapat industri di sini membawa maksud sejauh mana syarikat berkerjasama dengan ahli akademik dan mengaplikasikan hasil penyelidikan mereka kepada dunia sebenar.
Setiap universiti mempunyai cara yang tersendiri bagi meningkat taraf pendidikan mereka. Dan setiap peningkatan dalam rangking dunia mampu membuatkan satu universiti itu terkenal di mata dunia, tetapi perkara yang paling penting dalam melahirkan generasi cerdik pandai adalah menerusi pendidik mereka sendiri. Sekiranya bagus pendidik maka lahirkan ilmuan yang cerdik pandai.
“Kita bukan sahaja mahu universiti di Malaysia terkenal kerana rangking dunia TETAPI kita mahu dikenali melalui “citation” (karya ilmiah) yang dihasilkan oleh para sarjana kita” Dr Maszlee Malik.
Rujukan:-
1) https://www.mohe.gov.my/en/media-mohe/press-statement/1140-universiti-penyelidikan-di-malaysia-kini-dalam-kelompok-200-terbaik-di-dunia
2) https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2018/07/447199/ranking-penarafan-antara-penarik-kualiti-universiti
Malaysia boleh
Terbaik