Untuk para graduan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Untuk para graduan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) - Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) 1

Pandemik Koronavirus (Covid19) telah menjejaskan ramai pihak- pelajar, pekerja, graduan dan semua rakyat Malaysia. Kadar pengangguran di Malaysia meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei tahun ini yang mencatatkan 826,100 penganggur, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar pengangguran terus meningkat 0.3 mata peratus bagi perbandingan bulan ke bulan kepada 5.3 peratus berikutan bilangan penganggur bertambah sebanyak 47,300 kepada 826,100 orang.

Hal ini sangat membimbangkan bagi bakal graduan yang baru sahaja mahu melangkah ke alam pekerjaan. Apa yang akan terjadi kepada bakal graduan? Apakah ‘backup plan’ kita? Apakah perkakas yang boleh dikeluarkan atau digunakan oleh para graduan yang masih menganggur?

Untuk para graduan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) - Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) 2

Pada September 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi-“Career Advancement Programme” atau KPT-CAP, yang memastikan graduan program peningkatan kemahiran itu memperoleh pekerjaan setelah tamat kursus.
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) dijangka membantu siswazah menyesuaikan diri dengan tuntutan baharu pasaran kerja susulan penularan pandemik COVID-19.

Untuk para graduan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) - Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) 3

KPT menerima peruntukan RM100 juta di bawah PENJANA yang akan digunakan bagi menangani isu siswazah menganggur. Program keusahawanan mendedahkan siswazah mengenai pengetahuan penting bagi memulakan syarikat termasuk kaedah mendapatkan dana. Sementara ekonomi gig pula akan memberikan latihan kompetensi yang akan membantu peserta menjana pendapatan secara ‘freelancing’.
Memetik contoh kursus ‘Smart Trucker’, dia mengatakan kandungan (kursus) dirancang berdasarkan kemahiran yang diperlukan oleh syarikat logistik untuk mengeluarkan ‘Letter of Commitment’ (LOC) kepada kementerian.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setelah kursus selesai, para lulusan akan ditawarkan pekerjaan dengan syarikat logistik.

Info Tambahan :  Biasiswa Jepun MEXT 2023: Semua yang Anda Perlu Tahu

Graduan sudah boleh memohon KPT-CAP melalui portal “Graduates Reference Hub for Employment and Training” atau GREaT yang disediakan KPT. Graduan tahun 2020 dan 2019 yang belum bernasib baik mendapat pekerjaan, bolehlah memanfaatkan peluang untuk menambah kemahiran dan nilai kompetensi seterusnya membantu meningkatkan kebolehpasaran diri masing-masing.

Kursus ini sebenarnya direka bentuk mengikut kehendak dan keperluan yang ditetapkan oleh syarikat yang bakal mengambil graduan terbabit sebagai pekerja mereka. Inisiatif lain membabitkan program berterusan keusahawanan iaitu program latihan yang berupaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan sehingga berupaya menubuhkan syarikat pemula. Graduan terbabit akan diberikan bantuan pembiayaan yang disediakan oleh agensi pembiaya yang diiktiraf.

Inisiatif seterusnya yang terdapat dalam program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) KCT-CAP Ialah program yang bercirikan ekonomi gig. Program latihan ini mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan melalui aktiviti berbentuk ‘freelancing’.

Info Tambahan :  Pelepasan Cukai 2023 untuk Pendeposit SSPN!

‘Freelancing’ adalah istilah yang biasa digunakan untuk seseorang yang bekerja sendiri dan tidak semestinya berkomitmen untuk majikan tertentu jangka panjang. Pekerja lepas kadang-kadang diwakili oleh syarikat atau agensi sementara yang menjual semula pekerja lepas kepada pelanggan; yang lain bekerja secara bebas atau menggunakan persatuan atau laman web profesional untuk mendapatkan pekerjaan.
Sehingga hari ini sahaja, sebanyak 140 program disusun membabitkan sinergi dengan tidak kurang daripada 100 syarikat.

Berdasarkan 41,161 graduan yang belum bekerja dalam tahun 2019 serta unjuran 75,000 bagi tahun semasa, maka dianggarkan seramai 116,161 graduan perlu diberi perhatian untuk ditingkatkan lagi kebolehpasaran mereka.
Antara ikhtiar dilaksanakan kementerian adalah dengan menyediakan kemudahan berbentuk bantuan dana kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Siapa yang layak memohon:
• Warganegara Malaysia
• Graduan universiti awam, politeknik dan kolej komuniti
• Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan 2020
• Graduan peringkat Sarjana Muda, Diploma, Sijil (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknok dan Kolej Komuniti sahaja)
• Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA

Leave a Reply