UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Ramai ibu bapa yang masih terkejut akan keputusan Menteri Pendiidikan Malaysia iaitu Dr Radzi Jidin berkenaan dengan UPSR dimansuhkan mulai tahun 2021. Permansuhan UPSR bukanlah suatu pengakhiran buat pelajar tahun 6. Permansuhan UPSR ini membantu pelajar tahun 6 untuk memperlajari erti fokus dalam suatu perkara yang anda mahukan.

Pihak Kementerian mengharapkan keputusan kejayaan pada masa kini TIDAK berpandukan kepada berapa banyak A yang boleh anak-anak perolehi. Kini ibu bapa tidak perlu memnadingkan keputusan anak dengan keputusan orang lain. Kini ibu bapa perlu mengajar anak untuk belajar secara berdaya saing secara kreatif dan inovatif. 

PERINGATAN!!!

UPSR adalah laluan mudah untuk mereka melayakan diri dalam permohonan Sekolah Berasrama Penuh, MRSM, mahupun sekolah kluster. Walaupun UPSR sudah dimansuhkan tetapi pelajar yang mahu memasuki sekolah seperti diatas perlulah menduduki peperiksaan khas bagi melayakan mereka mendapatkan tempat ke sekolah yang mereka inginkan.

“Peperiksaan yang dimaksudkan adalah mereka perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSP)”

UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun 2021

Upsr

Buat pengetahuan umum, setelah peperiksaan UPSR Tahun 2020 dibatalkan pihak Kementerian telah mengkaji secara holistik tentang pelaksanaanya. Penilaian ini termasuklah mengambil kira amalan terbaik sistem pentafsiran sekolah dalam pelbagai Negara. 

TAHUKAH ANDA!!!

Tujuan utama pengumuman pemansuhan UPSR Tahun 2021 ini adalah bagi memastikan murid diberikan ruang dan peluang untuk mengoptimumkan potensi mereka.

Walaupun peperiksaan UPSR ini dimansuhkan, pihak Kementerian dalam usaha memperkasakan Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh pada tahun ini. Justeru itu, jangalah ibu bapa risau akan perjalanan anak untuk memasuki ke sekolah menegah

Bagi pelajar yang berkeperluan khas, PASR juga akan dimansuhkan. Justeru itu, penilaian akan dilaksanakkan di epringkat sekolah melalui Pentafsiran Bilik Darjah (PBD). PASR adalah ujian penilaian bagi mereka yang berkeperluan khas. 

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Sementara ibu bapa sedang sibuk akan pemansuhan UPSR, pihak kementerian juga mengumumkan pemansuhan PT3. PT3 pada tahun 2021 ini dimansuhkan kerana masa yang adabagi murid-murid untuk membuat persedian khususnya secara bersemuka bersama guru. Walaupun pemansuhan PT3 pada tahun ini, tetapi pentafsiran murid terus dilaksanakan.

Justeru itu, Tahun 2021 ini sama seperti TTahun 2020, pentafsiran pelajar adalah berdasarkan 3 komponen utama iaitu PBD, PPsI dan PAJSK. Ketiga-tiga penilaian ini adalah khusus buat pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. 

PBD : Penilaian berdasarkan bilik darjah

Upsr

PBD merupakan pentafsiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan , kebolehan dan pencapaian murid. Ianya dilakukan secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. 

PPsI : Pentafsiran Psikometrik

UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun 2021 1

Pentafsiran Psikometrik merupakan satu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang mengambarkan tret psikologi. Ianya merangkumi aptitud dan personaliti murid. Dengan wujudnya penilaian ini mamp[u membantu mempertingkatkan pembelajaran murid pada masa akan datang.

Info Tambahan :  4 Tips Power Untuk Skor Matematik SPM

PPsI ini mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran pelajar. Eu itu, model Pentafsiran Psikometri sudah di edarkan kepada sekolah sebagai panduan melaksanakan PPsI.

PAJSK : Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

UPSR Dimansuhkan Mulai Tahun 2021 2

PAJSK adalah pentafsiran kokurikulum. Ianya berperanan besar kepada murid kerana ia mewakili 10% merit untuk ke IPTA atau Universiti Awam. Ianya juga membantu merit kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM.

3 komponen penting dalam penilaian PAJSK adalah:-

1) Segak

Ujian SEGAK ini merupakan satu ujian standard kecergasan fizikal. Ianya diukur mengikut tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatannya.

2) Kokurikulum : kelab persatuan, Unit Beruniform, Sukan Permaianan

 

Dalam pecahan kokurikulum adalah dinilai menerusi penglibatan, penyertaan dan prestasi. Justeru itu, murid perlu kekal aktif dalam mengetengahkan diir untuk memegang jawatan penting di dalam kelab atau persatuan. Selain daripada jawatan tertinggi aspek kehadiran juga amatlah penting. Setiap kehadiran mempunyai markah yang tinggi dalam penilaianya. Ianya bagi mengalakkan pelajar hadirkan diri dalam setiap pertemuan.

3) Ekstra Kurikulum

Ekstra kurikulum merupakan salah satu aktiviti tambahan yang melibatkan diri dalam aktivitiu kegiatan sukarela di luar waktu persekolahhan. Ianya bertujuan untuk membentuk peribadi yang terpuji oleh para pelajar.

Diharapakan setiap satu penerangan yang diberikan dapat membantu anda untuk memahami dalam sistem penilaiian anak-anak. Dengan penerangan ini dapat membantu ibu bapa lebih memahami dah ketahui berkenaan dengan penilaian ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top