UPU Poket Semak Syarat IPTA

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

UPU Poket merupakan satu aplikasi yang  dibangunkan oleh bahagian pengurusan kemasukan pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Aplikasi ini boleh digunakan oleh pelajar untuk menyemak status permohonan mereka untuk melanjutkan pengajian ke universiti- universiti   awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran latihan awam di dalam negara ini.

UPU poket
UPU poket

Upu pocket telah dilancarkan sepenuhnya pada 3 februari 2018 bersempena dengan karnival pendidikan tinggi negara. upu pocket dapat   memudahkan masalah utama pelajar iaitu pemeriksaan status permohonan, dan kelayakan ke institut pengajian tinggi awam.

Aplikasi ini terbukti dapat memudahkan permohon ekoran terdapat banyak panduan- panduan berguna yang dapat diperolehi oleh pelajar melalui upu pocket.  Aplikasi ini boleh dimuat turun  melalui android ( google play) aplikasi dan  app store ke telefon bimbit seterusnya  aplikasi ini juga boleh diakses dimana-mana sahaja selagi mempunyai akses internet.

Baca Juga :  Video Bagaimana Mudah Semak Syarat Kelayakan UPU

Melalui aplikasi ini juga pelajar dapat mengetahui cara permohonan serta semakan dan kemaskini perkhidmatan dan rujukan dalam talian dan  urusan dalam talian mengenai kemasukan pelajar ke universiti awam.

Antara kelebihan aplikasi upu pocket  ini ialah :

MEMUDAHKAN PELAJAR LEPASAN SPM DAN STPM

Hal ini kerana melalui aplikasi ini pelajar dapat menyemak dan mencari kursus kursus yang mereka inginkan di dalam universiti-universiti awam melalui aplikasi ini. Selain itu melalui aplikasi ni juga pelajar boleh mengetahui kursus- kursus pengajian yang bersesuaian dengan dengan kelayakan mereka dan minat mereka.

APA ADA DALAM UPU POCKET

Antara maklumat dan panduan upu pocket yang terdapat dalam aplikasi ini ialah :

  • Menyemak status permohonan upu ,
  • status kelayakan dan status permohonan,
  • keputusan permohonan  dan rayuan pemohon.
  • Selain itu melalui aplikasi ini juga pelajar boleh mendapatkan panduan mengenai syarat kemasukan ke univerrsiti awam dan institut latihan kemahiiran awam (ILKA)

MENGETAHUI TARIKH- TARIKH PENTING

Seterusnya, melalui aplikasi ini juga pelajar dapat menyemak tarikh-tarikh penting mengenai aktiviti permohonan upu yang berkaitan UPU secara atas talian.

Baca Juga :  Pengambilan Tentera Laut Jom Masuk Tentera 2018

ADUAN

Apa yang paling penting adalah melalui aplikasi ini pelajar juga boleh membuat aduan mengenai aplikasi ini sendiri serta para pengguna juga boleh menghubungi terus staf pentadbiran upu sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumbalas ataupun aduan mengenai status kelayakan mahupun permohononan.

MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG LEBIH

Seterusnya pemohon juga boleh mendapatkan maklumat dan membuat pertanyaan berkaitan program-program yang ditawarkan.

Dengan adanya aplikasi upu pocket ataupun pocket online ini  aktivi mencari kursus- kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat dapat dimudahkan ekoran aplikasi ini boleh diakses dimana- mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja pelajar juga dapat mengetahui pelbagai maklumat yang berguna melalui aplikasi upu pocket / pocket online ini.

Semoga dengan pengenalan upu pocket ini pengguna ataupu pemohon dapat mengetahui kepentingan dan kegunaan upu pocket serta aplikasi ini pasti dapat memudahkan golongan pelajar yang ingin mengetahui status permohonan dan kemasukan ke universiti-universiti awam.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here