UPU Semak Syarat dan Permohonan 2017

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu maklumat penting UPU Semak Syarat dan Permohonan  untuk pemohon yang berminat, permohonan UPU 2017 telah dibuka dan ia dikeluarkan secara rasmi di page rasmi UPU. Sebenarnya berita permohonan ini telah kami keluarkan sebelum ini. Mohon pelajar yang berminat untuk bertindak segera membeli Pin permohonan dan membuat permohonan online segera. Pastikan anda tidak ketinggalan dan sentiasa mendapatkan tunjuk ajar mereka yang berpengalaman terutama guru bekas sekolah anda untuk lebih jelas tentang pengisian online ini.

Sebenarnya pihak UPU telah menyediakan infografik permohonan yang selengkapnya untuk memberikan lebih pendedahan kepada pemohon. Selain itu, pihak UPU akan mengadakan program Jom Masuk U hampir setiap negeri untuk membantu pemohon lebih jelas dengan pilihan dan permohonan. Tarikh dan maklumat lanjut permohona UPU disertakan dengan lengkap dalam infografik.

Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan
UPU Semak Syarat dan Permohonan
UPU Semak Syarat dan Permohonan

UPU Semak Syarat 2017

Kami ditanya berkaitan bagaimana membuat semakan syarat UPU, jika mengikut sebelumnya kebanyakan menggunakan e-MAS untuk melihat syarat. Anda boleh terus ke program Jom Masuk U yang disediakan untuk membuat pertanyaan dan menggunakan aplikasi seperti di e-MAS untuk melihat syarat kelayakan apabila ia boleh digunakan kelak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top