UPUOnline : Kerjaya Seorang Ahli Farmasi

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

UPUOnline : Kerjaya Seorang Ahli Farmasi 1

UPUOnline masih lagi dibuka, justeru itu pasti ramai calon yang masih tidak ketahui bidang apa yang mereka mahu ceburi. Justeru itu, mari kenali kerjaya seorang ahli farmasi. Ianya bagi memudahkan lagi urusan para pelajar dalam memilih bidang yang bakal mereka cebur pada masa akan datang.

Ahli Farmasi bukanlah seorang doktor tetapi mereka mempunyai PENGETAHUAN yang lebih baik mengenai ubat-ubatan daripada doktor. Justeru itu, ahli farmasi akan berganding bahu dengan doktor dalam menjalankan tugas mereka bagi merawat pesakit. 

PERINGATAN!!!

Ahli Farmasi BUKAN bekerja dibawah kelolaan doktor TETAPI ahli Farmasi berganding bahu bersama doktor untuk merawat pesakit. Ahli Farmasi dan Doktor merupakan dua kerjayaan yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu merawat pesakit.

UPUOnline : Kerjaya Seorang Ahli Farmasi

Upuonline

Sebelum mengetahui kerjaya seorang Ahli Farmasi, umum perlu mengetahui dahulu Tugas utama seorang Ahli Farmasi. Antara tugas utama seorang ahli Farmasi adalah:-

  1. Mengawasi pemberian ubat dan bekalan yang berkaitan mengikut preskripsi doktor
  2. Mengkaji preskripsi untuk ketetapan pesakit
  3. Memeriksa interaksi dadah dalam tubuh manusia
  4. Kaunseling pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan yang sesuai
  5. Memastikan Ahli Farmasi mematuhi semua peraturan tempatan, Negeri dan Persekutuan
  6. Memberi didikan kepada pesakit dan kakitangan mengenai terapi dadah

Syarat Kelayakan Masuk Minimum ke Program Ijazah Farmasi Oleh Lembaga Farmasi Malaysia

Syarat kelayakan permohonan mengikut :-

Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

a) STPM

CGPA 3 dengan gred BBB, ABC atau AAC dengan tiga subjek iaitu :-

  • Biologi dan
  • Kimia dan
  • Fizik atau Matematik
“Sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia”

b) A-Level

3B atau 2A1C atau 1A1B1C dalam Biologi dan Kimia dan Fizik ATAU Matematik dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek kimia

Bagi kemasukan STPM dan A-Level, syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi

c) Matrikulasi atau pra-pengajian perubatan dan farmasi atau foundation dalam sains

Bagi calon matrikulasi atau pra-pengajian farmasi/ perubatan dengan CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang-kurangnya B bagi subjek Kimia

ATAU

Foundation dalam sains dengan CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang-kurangnya B bagi subjek Kimia 

DAN

Program perlu di jalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun

d) Diploma

Diploma sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) CGPA 3.5 dan ke aats termasuk B dalam subjek Kimia 

ATAU

Diploma Farmasi CGPA 3.5 dan ke atas

Bagi syarat kemasukan Matrikulasi dan setaraf serta calon Diploma, syarat tambahan yang perlu di patuhi adalah:-

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara
  • Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi. 

PERINGATAN!!!

Setiap calon perlu memenuhi syarat yang disediakan oleh Lembaga Farmasi Malaysia sebelum meneruskan pengajian di perigkat Ijazah Farmasi.

INFO LANJUT KLIK DISINI

Kelayakan Untuk Menjadi Seorang Ahli Farmasi menerusi UPUOnline

Upuonline

Untuk menjadi seorang Ahli Farmasi, anda WAJIB:-

  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Farmasi yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia
  • Telah menjalani Latihan Provisional (pupilage) tidak kurang dari tempoh setahun
  • Lulus Peperiksaan Perundangan Farmasi yang dikendalikan oleh Lembaga Farmasi Malaysia
Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

Bagi Warganegara Asing, syarat tambahan yang berikut WAJIB dipenuhi oleh pemohon. Syarat tambahan tersebut adalah:-

  • Warga asing yang isteri/ suami adalah warganegara Malaysia yang memiliki kelulusan Farmasi yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia dan telah mendaftar dengan badan luar negara yang juga diiktiraf oelh Lembaga Farmasi Malaysia

NOTA!!!

Untuk berkhidmat sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

UPUOnline : Kerjaya Seorang Ahli Farmasi

Kerjaya seorang Ahli Farmasi adalah:-

1) Fasiliti kesihatan (Hospital dan Klinik kesihatan)

Menyediakan ubat-ubatan mengikut preskripsi Doktor dan Ahli Farmasi perlu memastikan setiap ubat yang diberikan adalah tepat dan betul.

2) Industri

Industri dalam farmaseutikal perlu memastikan ubat-ubatan yang di hasilkan menepati piawaian yang ditentukan. Justeru itu, mereka perlu memastikan ubat yang disediakan selamat dan berkesan di gunakan oleh orang awam.

3) Komuniti

Membekalkan ubat kepada pesakit, ahli farmasi di dalam bidang komuniti ini mempunyai kepakaran untuk menguruskan rawatan bagi penyakit ringan SAHAJA. Sekiranya terdapat penyakit yang berat ahli farmasi akan menasihati pesakit untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

4) Bidang latihan/ pengajaran

Ahli Farmasi yang bertugas dalam bidang pendidikan atau penhajaran perlu memastikan kurikulum program farmasi sentiasa menepati keperluan terkini. Universiti yang menawarkan bidang ini akan di audit dan disemak dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar mendapat pengetahuan yang terbaru.

Sekiranya calon meminati untuk menjadi Ahli Farmasi, anda boleh meneruskan impian anda. Hal ini disebabkan setiap kerjaya mempunyai kelebihan yang tersendiri mengikut kehendak umum. 

***SELAMAT MEMILIH BIDANG YANG ANDA INGIN CEBURI***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *