Bidang dietetik ini TIDAK popular seperti bidang kedoktoran, pergigian, atau jururawat di dalam UPUOnline. Walaubagaimana sekalipun, jawatan Dietitian ini sangat penting dalam merawat pesakit melalui pemakanan.
Hal ini disebabkan tanpa makanan pesakit akan kekurangan nutrisi lalu akan menyebabkan mereka mudah untuk mendapat penyakit. Justeru itu, hari ini kami akan memperkenalkan peluang pekerjaan di dalam bidang Dietetik agar lebih ramai yang fahami akan bidang ini.
TAHUKAH ANDA!!!
Terdapat 6 Universiti Awam yang menawarkan bidang Dietetik di dalam UPUOnline. Antara universiti tersebut adalah:-
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Univeristi Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniZa)
Antara ke-6 universiti ini, UKM merupakan univeristi pertama yang menawarkan bidang Dietetik dan di ikuti oleh universiti yang lain. Justeru itu, kebanyakan graduan Dietetik pada tahun 80an merupakan graduan daripada UKM. Jangan lupa memilih bidang ini di dalam UPUOnline sekiranya anda berminat.
Syarat Kelayakan Permohonan Bidang Dietetik di dalam UPUOnline
Setiap univeristi mempunyain syarat kelayakan permohonan bidang Dietetik yang berbeza. Walaubagaimana sekalipun, bidang dietetik ini merupakan salah satu bidang yang PENTING. Antara syarat AM permohonan bidang Dietetik ini adalah:-
1) WAJIB lepas temuduga sebelum anda berjaya memasuki jurusan ini.
2) Antara calon yang layak memohon bidang Dietetik ini adalah:-
- Calon lepasan STPM
- Calon Matrikulasi/ Asasi
- Calon Diploma
3) Permohon bidang Dietetik juga WAJIB mempunyai Sijil Ujian MUET dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam ujian tersebut.
Syarat khas permohonan adalah mengikut kriteria setiap universiti. Hal ini disebabkan setiap universiti mempunyai kriteria khas yang berbeza-beza.
Peluang Pekerjaan Di Dalam Bidang Dietetik
Peluang pekerjaan di dalam bidang dietetik ini luas. Apa yang penting adalah anda WAJIB ketahui kehendak anda setelah anda mengambil sesuatu bidang itu. Antara peluang pekerjaan di dalam bidang dietetik ini adalah:-
1) Pegawai Dietetik Klinikal dan Out-patient
Sebelum wujudnya pelbagai universiti yang melahirkan pegawai Dietetik ini, ramai pegawai Dietetik yang bekerja di dalam bidang klinikal TERUTAMANYA di dalam sektor kerajaan.
Walaubagaimana sekalipun, setelah ramai pegawai yang dilahiran maka bukan sektor kerajaan sahaja yang memerlukan pegawai Dietetik tetapi kini sektor swasta juga memerlukan pegawai Dietetik untuk memberikan khidmat nasihat kepada pesakit. Justeru itu, semakin luaslah peluang pekerjaan kepada mereka yang mengambil bidang Dietetik ini.
Antara tugas Pegawai Dietetik Klinikal ini adalah:-
- Memberi kaunseling kepada pesakit luar mahupun pesakit yang tinggal di hospital
- Membuat perskripsi oral Nutrition supplement
- Membuat perskripsi pemberian makanan melalui tiub
2) Pegawai Dietetik Katering
Pegawai Dietetik katering bertugas sebagai penyelia dalam penyediaan makanan pesakit dari sudut porsi, resepi dan special diet. Mereka yang mahu menjadi seorang pegawai dietetik katering ini WAJIB mempunyai fizikal dan mental yang kuat agar mereka mampu mengawal selia semua tugasan dalam satu masa.
3) Pegawai Dietetik di Institusi Sukan
TAHUKAH ANDA!!!
Setiap sekolah sukan mahupun institusi sukan mempunyai sekurang-kurangnya seorang Dietitian. Ianya bertujuan bagi memastikan setiap pelatih mendapatkan nutrisi yang sepatutnya untuk bersukan.
Tugas utama Pegawai Dietetik di Institusi Sukan adalah merangka diet bagi atlet yang sedang menjalani persediaan untuk sukan. Ianya bagi memastikan semua atlet mendapat nutrisi yang mencukupi semasa menjalani aktiviti sukan.
4) Pegawai Dietetik di dalam bidang Research
Pegawai Dietetik di dalam bidang Research ini banyak diambil bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan PhD.
5) Pegawai Dietetik/ Clinical Instructor (CI)
Setiap universiti yang menawarkan bidang ini memerlukan CI untuk memantau pelajar tahun akhir yang sedang menjalani latihan klinikal di hospital. Tugas CI adalah menyelia pelajar semasa mereka menjalani latihan klinikal. Selain itu, CI juga merupakan pengajar yang WAJIB update pengetahuan berkenaan bidang ini agar mereka tidak tersalah memberikan didikan kepada para pelajar.
6) Nutritionist
Kerjaya Nutritionist ini luas kerana kebanyakan syarikat memerlukan nutritionist untuk memberikan penerangan yang jelas kepada pelanggan berkenaan dengan produk yang mereka perkenalakan.
Justeru itu, ramai mereka yang tidak mendapatkan tempat bekerja sebagai Pegawai Dietetik akan pergi menjadi Nutritionist. Hal ini disebabkan kerjaya ini menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding dengan bidang klinikal di dalam sektor swasta.
“Kerjaya Nutritionist ini agak penat kerana mempunyai shift, walaubagaimana sekalipun kerjaya Nutritionist ini menawarkan gaji yang lebih tinggi”
7) Sale Representative
Mereka yang memilih untuk menjadi sale representative merupakan mereka yang bijak di dalam bidang Marketing. Hal ini disebabkan, kerjaya ini memerlukan skill marketing yang tinggi serta memerlukan kebijaksanaan di dalam percakapan agar mereka memperoleh kepercayaan pelanggan. Tugas utama sale representative ini adalah memberi pengetahuan tentang produk samaada kepada customer ataupun pelanggan.
8) Dietitian Fitness
Dietitian fitness ini memerlukan mereka bijak di dalam percaturan untuk mengajar orang untuk kurus dalam masa yang sama mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini disebabkan dietitian fitness ini bukan sahaja perlu bijak di dalam bidang permakanan mereka juga pelru bijak dalam bidang penjagaan kesihatan agar kedua-duanya seimbang.
Luas bukan bidang kerjaya pegawai dietetik ini. Justeru itu, sebagai calon yang bakal memilih bidang ke univeristi anda perlu lebih bijak dalam mengkaji peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan, setiap bidang akan mempunyai peluang pekerjaan yang meluas sekiranya anda bijak mempromosikan diri anda.
One thought on “UPUOnline : Peluang Pekerjaan Di Dalam Bidang Dietetik”
anak saya telah tamat belajar kursus ini. boleh bantu beliau dapatkan pekerjaan