UPUOnline : Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline Sesi 2021/2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

UPUOnline : Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline Sesi 2021/2022 1

Pandemik COVID -19 telah memberi kesan yang mendalam buat semua. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk melakukan pengecualian bayaran proses UPUOnline bagi sesi 2021/2022. ini bermaksud pihak KPT akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/ 2022.

“Walaupun calon menghadapi kepayahan dalam mendapatkan ilmu untuk peperiksaan tetapi mereka mendapat kelebihan yang bukan semua pemohon dapat”

Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022

UPUOnline
© Facebook KPT

***Sinar itu pasti akan menyinari mereka yang layak***

INFO!!!

Sebelum ini setiap pemohon WAJIB membeli No. Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai salah satu syarat untuk mengisi borang pemohonan bagi melanjutkan pengajian ke institusi Pendidikan Tinggi Awam atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Dengan itu, setiap pemohon yang ini memohon UPU boleh membuat permohonan secara terus di laman web UPUOnline. Butiran pemohonan adalah seperti berikut mengikut kategori pemohonan:-

1) Lepasan SPM 

Pilihan program pengajian adalah pada 21 Mac sehingga 31 Mac 2021. PERINGATAN hanya 10 hari sahaja tarikh pilihan program dibuka.

“JANGAN terlepas tarikh ini kerana ditakuti anda TIDAK mendapat program yang diingini”

2) Lepasan STPM/ Asasi/ STAM

Pilihan program pengajian bermula 16 Mac sehingga 31 Mac 2021. Bermaksud tarikh pemilihan program adalah selama 16 hari SAHAJA. Justeru itu, diharapkan pelajar alert akan tarikh ini.

3) Lepasan Matrikulasi

Tarikh pilihan program bermula 23 Mac sehingga 31 Mac 2021. tarikh pemilihan program selama 8 hari SAHAJA. Justeru itu, pastikan anda mengemaskini pemilihan program mengikut kesesuaian keputusan PSPM 1.

“Pilihlah program pengajian yang bersesuaian dan anda minati agar anda tidak menyesal kemudian hari”

4) Lepasan Diploma/ Setaraf

Tarikh pemilihan program bermula oada 9 Mac sehingga 31 Mac 2021. Bermaksud tarikh pemilihan program bagi lepasan Diploma/ Setaraf bermula pada hari ini.

Info Tambahan :  5 Pertimbangan untuk Asasi, Diploma, Vokasional atau STPM

PERINGATAN!!!

Pilihlah program yang betul-betul bersesuaian dengan anda dan anda betul-betul mempunyai minat akan program yang dipohon.

Tempoh permohonan bagi semua kategori adalah bermula 4 Januari sehingga 31 Mac 2021. Diharapkan keputusan pihak KPT untuk membuat pengecualian ini dapat meringankan beban para pelajar. Terutamanya bagi mereka yang terkesan akan pandemik COVID -19 ini. Selain itu, diharapkan keputusan yang di buat oleh pihak KPT ini dapat melancarkan urusan para pelajar untuk melanjutkan pengajian seterusnya bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Tips Mudah Memilih Program Pengajian

UPUOnline
© Facebook Rasmi KPT

Bagi pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi mahupun Matrikulasi pemilihan program pengajian merupakan salah satu perkara baru buat mereka. Justeru itu, pasti mereka berasa agak sukar untuk melakukan pemilihan program tanpa ada bantuan mereka yang lebih berpengalaman.

Jadi, menggunkan tips mudah memilih program ini diharapan dapat membantu mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam membuat pemilihan program pengajian.

Antara tips mudah bagi memilih program pengajian adalah seperti berikut:-

a) Lakukan perbezaan keputusan percubaan atau setaraf bagi menilai kelayakan permohonan

Setiap satu permohonan pasti mempunyai syarat kelayakkan. Justeru itu, lakukan perbezaan antara syarat KELAYAKAN dengan keputusan percubaan atau setaraf untuk mengisi borang dalam bidang pengajian yang di ingini. 

Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

b) Baca dahulu syarat KHAS KELAYAKAN sebelum lakukan permohonan


Fahami setiap satu syarat kelayakan permohonan dalam satu-satu bidang bagi MENGELAKKAN daripada TIDAK mendapat bidang yang di ingini.

“Sebijak mana pun anda sekiranya tersalah percaturan dalam melakukan pemilihan bidang akan memberi kesan negatif kepada bidang yang dipohon”

c) PASTIKAN mata merik untuk memasuki program yang DIINGINI mencukupi

Mata merit merupakan salah satu perkara yang perlu dititik beratkan. Hal ini disebabkan pengurangan mata merik boleh menyebabkan anda tidak layak untuk memasuki program yang dipilih. Justeru itu, pastikan mata merit anda mencukupi untuk membuat pemilihan program.

d) Pilih program yang DIMINATI

Pemilihan program mengikuti program yang diminati bagi memastikan pelajar tidak kecundang di pertengahan jalan semasa menyambung pengajian. Sekiranya memilih program yang BUKAN diminati ditakuti akan menyebabakan pelajar tidak fokus semasa belajar dan mengakibatkan pembuangan masa berlaku.

e) Pilih program mengikut keutamaan dan kelayakkan

Pemilihan program mengikut keutamaan bagi MENGELAKKAN pelajar mendapat program pengajian yang TIDAK DIMINATI dan merapu. Justeru itu, sentiasalah ketahui apa yang ingin di kecapi semasa anda berada di peringkat Universiti ini bagi memudahkan urusan permohonan program dilaksanakan.

Tidak salah terlalu memilih bidang yang diingini tetapi perlihatkanlah dahulu mengikut kesesuaian keputusan yang diperolehi. Sukar untuk mencapai bintang sekiranya langit pun tidak kelihatan.

1 thought on “UPUOnline : Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline Sesi 2021/2022”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top