Pengiraan merit lepasan SPM/ Setaraf samaada aliran Sains atau Sastera. Contoh pengiraan ini khas buat pelajar yang bakal menyambung pengajian mereka ke Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Awam. Disebabkan permohonan UPUOnline sudah dibuka dan terlalu ramai pelajar yang tidak tahu bagaimana cara hendak mengira merit bagi melayakkan diri ke UA, maka mereka boleh mengikuti penerangan ini. Ianya lebih memudahkan para pelajar faham cara mudah pengiraan merit lepasan SPM/ Setaraf.
“Cara pengiraan merit Lepasan SPM/ setaraf ke UA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi”
Maksud meritokrasi menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehanya (BUKAN kerana KETURUNAN atau KEKAYAAN). Dalam erti kata yang mudah, meritokrasi ini adalah satu sistem yang menilai pelajar berdasarkan kebolehan kecerdasan dan merit yang ditunjukkan seseorang itu menerusi pengguanaan peperiksaan keinstitusian.
Pengiraan merit bagi kemasukan ke IPTA adalah dengan cara 90% adalah daripada markah akademik dan 10% menerusi markah kokurikulum yang selaras dengan sistem penggredan keputusan SPM. Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred matapelajaran bagi tujuan pengiraan markah. Kiraan markah merit pelajar adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.
UPUOnline : Pengiraan Merit Lepasan SPM/ Setaraf
Setiap permohonan pasti ada kriteria yang WAJIB dipenuhi agar bidang yang dikehendaki mudah untuk diperolehi. Sama juga seperti, permohonan kemasukan ke UPUOnline pelajar WAJIB memenuhi kriteria permohonan agar anda layak untuk mendapatkan tempat ke UA yang dikehendaki. Antara kriteria pemilihan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian Lepasan SPM/ Setaraf adalah seperti berikut:-
- Pencapaian Akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum adalah seimbang.
- Kombinasi matapelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon.
- Gred matapelajaran untuk tujuan pengkhususan.
- Memenuhi syarat khas seperti yang telah ditetapkan oleh pihak UA, Politeknik, Kolej KKomuniti dan ILKA.
- Lulus temuduga/ ujian bagi pemilihan program yang melibatkan temuduga/ ujian.
- Pilih program pengajian mengikut keutamaan.
- Bilangan tempat yang disediakan oleh pihak UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Penentuan Aliran SPM (Sains atau Sastera)
Kaedah penentuan aliran sains bagi calon lepasan SPM adalah dengan menggunakan pemilihan 4 matapelajaran terbaik daripada 5 matapelajaran dibawah ini. Antara matapelajaran utama yang di nilai adalah:-
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi/ Pengetahuan Sains Sukan
“Bagi calon yang TIDAK MEMENUHI permohonan kemasukan ke aliran sains akan dimasukkan ke aliran sastera secara automatik”
Merit Bagi Markah Kokurikulum
Pengiraan markah merit kokurikulum adalah seperti berikut:-
- Markah kokurikulum adalah 10% bagi calon sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Bagi calon poersendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisis semasa mengemukakan permohonan
- Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%.
Cara pengiraan Merit UPU lepasan SPM/ Setaraf
Seperti yang diterangkan sebelum ini, pengambilan pelajar bagi kemasukan ke Universiti, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti adalah berdasarkan sisitem meritokrasi. Justeru itu, cara pengiraan merit UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf adalah seperti berikut:-
a) UA & Politeknik Primer : 90% markah akademik dan 10% adalah markah daripada kokurikulum
Setiap gred mempunyai markah tersendiri
b) Politenik Konvensional / METro, Kolej Komuniti & ILKA: 75% markah akademik, 10% adalah markah dari kokurikulum dan 15% status sosio-Ekonomi (SES)
“Politeknik Primer adalah politeknik yang setanding dengan universiti, politeknik ini hanya mengambil pelajar yang cemerlang SPM, jika mereka gagal mendapatkan tempat di universiti kerana persaingan yang tinggi”
Politeknik primer menawarkan pengajian diperingkat Diploma, diploma lanjutan dan Ijazah Sarjana.
“Politeknik konvensional pula adalah politeknik biasa”
Politeknik Konvensional menawarkan pengajian diperingkat sijil dan diploma sahaja. Mod pengajian adalah mod sepenuh masa atau separuh masa.
“Politeknik METro adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi sosio ekonomi tempatan dalam bidang dan wilayah tertentu”
Bagi politeknik METro ini biasanya disasarkan bagi pelajar lepasan SPM mahupun mereka yang mahu upskill dan re-skilling. Politeknik ini lebih mementingkan kaedah blended learning dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL).
Semoga perkongsian maklumat ini mampu membantu calon/ pelajar ketahui tahap kelayakkan mereka. Perkongsian ini boleh dijadikan panduan agar para pelajar boleh melakukan persediaan awal bagi mendapatkan bidang yang diingini.
***Selamat Maju Jaya kepada Calon SPM 2020***
Rujukan:-
2) https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=meritokrasi
One thought on “UPUOnline : Pengiraan Merit Lepasan SPM/ Setaraf”
Terima kasih penulis…
Info yang sangat bermanfaat