UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

UPUOnline boleh disemak sekarang!. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2023/2024 diumumkan pada 7 September 2023 (Khamis).

UPUOnline

Keputusan UPUOnline Permohonan dan Cara Semaknya

Keputusan boleh disemak mulai 7 September 2023 (Khamis), jam 12.00 tengah hari hingga 16 September 2023 (Sabtu), jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:

  1. Aplikasi Mobile UPUPocket di Telefon
  2. Secara Atas Talian Melalui Pautan:
    • UTM
    • UUM
    • UNIMAS
    • UMS
    • UMT

UPUOnline

Pengesahan dan Pengambilan Tawaran

Pengesahan setuju terima/tolak tawaran akan bermula pada 8 September 2023 (Jumaat) hingga 16 September 2023 (Sabtu) melalui laman web UA masing-masing. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 8 September 2023 (Jumaat) setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

UPUOnline

Prinsip Meritokrasi

Pemilihan kemasukan calon kategori STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90% pencapaian akademik dan 10% pencapaian kokurikulum. Manakala, pemilihan bagi calon kategori Diploma/Setaraf adalah berdasarkan 100% pencapaian akademik.

Berdasarkan prinsip meritokrasi tersebut, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup, dan tempat tinggal diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di UA.

Keputusan dan Ketersediaan Tempat

Kejayaan calon untuk memperoleh tawaran bergantung kepada susunan merit, memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian, diperaku temu duga dan/atau ujian bagi program yang menetapkan syarat yang demikian, kekosongan tempat, dan keutamaan pilihan program pengajian di UA yang telah dipohon.

Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

Sebanyak 1,098 program pengajian sarjana muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini. Terdapat 89,102 tempat disediakan kepada calon lepasan STPM/Setaraf di 20 UA yang melibatkan 72,772 tempat melalui UPUOnline®. Manakala, 16,330 tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran UA masing-masing.

Permohonan Keputusan UPUOnline

Hanya calon yang mengemukakan permohonan UPUOnline® melalui laman ini sahaja telah dipertimbangkan.

Jumlah permohonan UPUOnline® yang diterima bagi Lepasan STPM/Setaraf adalah sebanyak 118,143 calon dengan 70,156 calon telah berjaya memperolehi tawaran.

Statistik Kejayaan

Sejumlah 24,846 calon lelaki dan 45,310 calon perempuan telah berjaya ditawarkan tempat. Kadar kejayaan lelaki adalah 94% berbanding perempuan 73.49%.

Tawaran Laluan Khas

Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 36,365 dengan pecahan tawaran iaitu 35,892 calon kategori B40, 192 Orang Kurang Upaya (OKU), 181 Atlet, dan 100 Orang Asli.

Pemilihan Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Peratus calon Bumiputera yang berjaya adalah sebanyak 69% daripada keseluruhan calon Bumiputera yang layak. Manakala calon bukan Bumiputera yang berjaya adalah 78.70% daripada keseluruhan calon bukan Bumiputera yang layak.

Program Pengajian TVET dan STEM

Sejumlah 5,442 (84.11%) daripada 6,470 tempat melibatkan 119 program pengajian dalam bidang Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) telah dipenuhi oleh calon di empat (4) Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain itu, sejumlah 36,463 (91.17%) daripada 39,994 tempat melibatkan 673 program pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) telah dipenuhi oleh calon di 20 Universiti Awam.

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Tawaran Muktamad dan Permohonan Rayuan

  • Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.
  • Manakala kepada calon yang tidak berjaya adalah dipelawa mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® di URL berikut dalam tempoh 10 hari mulai 7 September 2023 (Khamis), jam 00 tengah hari sehingga 16 September 2023 (Sabtu), jam 5.00 petang. 
  • Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Hubungi Kami

 

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan rayuan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi secara terus melalui:

No Tel: 03 – 8870 6605 / 5086 / 6121

Emel: [email protected] 

Sistem Maklum Balas: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ 

UPUChat: http://upu-chat.ml/UPUChat/ 

Kementerian mengucapkan SYABAS DAN TAHNIAH kepada calon yang berjaya. Selamat melanjutkan pengajian ke menara gading.

Pautan Semakan UPU Online

SEMAKAN UPUONLINE BOLEH DIBUAT DI URL BERIKUT:

Hubungi Kami untuk Rayuan

Sebarang pertanyaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:

No Tel: 03 – 8684 2363

Emel: [email protected]

Sistem Maklum Balas: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

UPUChat: http://upu-chat.ml/UPUChat/

Tarikh-tarikh Penting

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar:

Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU https://upu.mohe.gov.my/ 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top