UPUOnline Sesi Akademik 2021/ 2022 Lepasan SPM & STPM / Setaraf. Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun 2021. Walaupun tahun 2021 merupakan salah satu tahun yang banyak cabarannya TETAPI sebagai hamba kita perlu meneruskan juga hidup ini. Justeru itu, sebagai pelajar mereka perlu ketahui fasa permohonan UPUOnline sesi akademik 2021/ 2022 lepasan SPM & STPM/ Setaraf. Hidup penuh cabaran tetapi bagi mengorak langkah kehadapan para pelajar perlu sentiasa ambil tahu cara permohonan UPUonline ini.
“Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, tanpa pengorbanan kejayaan tiada erti yang mendalam di dalam diri”
Buat pengetahuan umum, fasa permohonan ini merupakan salah satu fasa yang genting buat para pelajar. Hal ini disebabkan pada fasa ini para pelajar perlu memilih program yang betul-betul diminati mengikut kelayakan TERUTAMANYA bagi mereka yang mahu memohon program yang berasaskan temuduga.
UPUOnline Sesi Akademik 2021/ 2022 Lepasan SPM & STPM / Setaraf
1) UPUOnline sesi Akademik 2021/ 2022 Lepasan SPM
Semua sudah maklum, tarikh permohonan UPU bagi pelajar lepasan SPM sudah dibuka pada 4 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021. Pada fasa ini calon boleh memilih 12 pilihan TETAPI para pelajar boleh mengisi 6 pilihan sahaja. Dan 6 pilihan (minimum) itu WAJIB diisi manakala penambahan 6 pilihan lagi TIDAK WAJIB diisi.
“Calon boleh mengisi pilihan sehingga 12 pilihan maksimum”
Bagi calon yang mahu memohon program yang mempunyai temuduga, mereka WAJIB fahami susunan ini. Kedudukan pilihan program bertemuduga adalah seperti berikut:-
- Pilihan 1 – 2 program pengajian temuduga ke Universiti Awam (UA) dalam bidang pendidikan
- Pilihan 1 – 4 program pengajian temuduga ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Matrikulasi dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
“Pilihan program temuduga ini TETAPI BUKAN dalam bidang pendidikan”
- Pilihan 1 – 12 program pengajian temuduga ke Institusi Pendidikan Guru (IPG)
“Bagi Lepasan SPM, TIADA tapisan syarat pilihan program”
Tarikh temuduga adalah pada bulan April 2021 sehingga Jun 2021. Justeru itu, bagi pelajar Lepasan SPM mereka WAJIB ketahui tarikh-tarikh penting ini agar mereka tidak terlepas tarikh penting.
PERHATIAN!!!
Saringan temuduga/ ujian mengikuti kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak institusi atau agensi masing-masing.
Untuk ketahui keterangan lanjut, para pelajar boleh melayari sendiri laman web rasmi bahagian pengambilan pelajar
2) UPUOnline sesi Akademik 2021/ 2022 Lepasan STPM/ setaraf
Setaraf disini membawa maksud:-
√ Lepasan Matrikulasi/ Asasi
√ Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
√ Lepasan diploma/ setaraf
Tarikh Buka permohonan adalah sama seperti Lepasan SPM iaitu 4 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021. Bagi UPUOnline sesi akademik 2021/2022 lepasan STPM/ setaraf bilangan pilihan program terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:-
a) STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ STAM
Para pelajar lepas ini boleh memilih maksimum 12 pilihan program yang mereka kehendaki. Walaubagaimana sekali pun, pilihan yang WAJIB diisi adalah 6 pilihan (minimum) program dalam permohonan mereka.
b) Diploma/ setaraf
Bagi lepasan diploma/ setaraf pula mereka boleh membuat pilihan program 8 pilihan maksimum dan 6 pilihan program minimum.
Bagi pelajar yang mahu memohon program yang mempunyai temuduga mereka boleh ikuti kedudukan pilihan program temuduga ini. Kedudukan pilihan program adalah seperti:-
√ Pilihan 1-2 adalah program pengajian temu duga ke Universiti Awam (UA) bagi pemilihan pendidikan
√ Pilihan 1-4 adalah program pengajian temuduga bagi pemilihan BUKAN pendidikan
Bagi permohonan lepasan STPM/ setaraf mereka perlu mempunyai padanan data/ muat naik dokumen untuk melakukan permohonan kemasukan ke UPU.
“Hanya pelajar lepasan diploma/ setaraf sahaja yang perlu memuat naik dokumen kerana keputusan peperiksaan tiada dalam padanan data”
Keputusan peperiksaan bagi lepasan diploma/ setaraf hanya ada pada pihak pusat pengajian masing-masing sahaja. Berbeza dengan lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ STAM, keputusan mereka akan di linkkan dengan:-
a) STPM
Padanan data dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Justeru itu, mereka tidak perlu memuat naik dokumen keputusan mereka
b) Matrikulasi/ Asasi
Padanan data bagi pelajar marikulasi ada dengan bahagian Matrikulasi KPM
Seterusnya bagi pelajar lepasan Asasi pula, padanan data keputusan adalah menerusi pusat pengajian masing-masing. Padanan data adalah menerusi:-
- Pusat Asasi Sains UM
- Pusat GENUSUPintar UKM
- Pusat Asasi UiTM
c) STAM
Padanan data menerusi Lembaga Peperiksaan LP.
“Bagi lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi para pelajar mempunyai tapisan syarat pilihan program manakala bagi lepasan STAM, Diploma/ setaraf mereka mh TIDAK mempunyai tapisan pilihan program”
TAHUKAH ANDA?
Bagi pelajar lepasan STPM syarat pilihan program adalah keputusan PNGK terbaik dan Gred terbaik mata pelajaran STPM 2020 sehingga semester 2 manakala bagi lepasan Matrikulasi/ Asasi tapisan syarat pemilihan program adalah keputusan peperiksaan Sem 1 sesi akademik 2020/ 2021.
PERINGATAN!!!
Tarikh pemilihan program bermula pada 16 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021 bagi lepasan STPM/ setaraf KECUALI Lepasan diploma/ setaraf tarikh pemilihan program pengajian adalah lebih awal iaitu pada Februari sehingga 31 Mac 2021.
Tarikh temuduga/ ujian bagi pelajar lepasan STPM bermula pada Mei 2021 sehingga Ogos 2021. Jadi, jangan lupa untuk kerap lakukan semakkan sebelum tarikh temuduga anda terlepas.
***Pilihan ada di tangan anda***
Sekiranya anda sukar untuk mengingati tarikh-tarikh penting ini maka anda boleh mencatat di kalender atau set alarm di telefon bagi memastikan anda tidak terlepas tarikh penting ini. Dan calon WAJIB rajin lakukan semakkan bagi mereka yang memohon program temuduga/ ujian.
Rujukan:-
1) https://upu.mohe.gov.my/
2) https://www.mohe.gov.my/en/search?q=awam%20di