UPUOnline : Tips Memilih Bidang Semasa Membuat Permohonan 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Upuonline

Tips memilih bidang semasa membuat permohonan UPUOnline amatlah penting. Hal ini disebabkan ianya melibatkan percaturan dalam masa hadapan anda. Justeru itu, anda WAJIB ketahui tips memilih bidang semasa membuat permohonan UPUOnline. tipsmemilih bidang semasa membuat permohonan UPUOnline ini bertujuan untuk MENGELAKKAN anda melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan bidang yang dikehendakinya. Justeru itu, anda perlu PASTIKAN anda mengikuti segala nasihat agar anda TIDAK TERSALAH pilih bidang.

UPUOnline : Tips Memilih Bidang Semasa Membuat Permohonan 2021

Upuonline

Berikut adalah tipsmemilih bidang semasa membuat permohonan UPUOnline yang boleh anda ikuti. tipsini lebih memudahkan lagi urusan pemilihan bidang yang dikehendaki.

Antara tips memilih bidang adalah seperti:-

1) Melepasi syarat Am & syarat khas program IPTA/ IPG/ Matrik & ILKA

Bagi memilih bidang semasa membuat permohonan UPUOnline anda perlu memastikan 12 pilihan program pengajian yang dipohon MELEPASI syarat yang dikehendaki. 

TIPS PERMOHONAN!!!

5 pemilihan teratas adalah WAJIB diisi mengikuti program yang berbeza. Walaubagaimana sekalipun, jika calon berminat untuk memohon program yang berasaskan temuduga anda perlu meletakkan pemilihan di antara pemilihan 1 sehingga 4.

KLIK LINK ini untuk memasuki ke laman web UPUOnline. 

Bagi program pendidikan anda DIGALAKKAN meletakan pemilihan di tempat 1 sehingga 2 agar lebih mudah untuk membuat untuk dipanggil temuduga. 

PERINGATAN!!!

Calon hanya DIBENARKAN untuk membuat pemilihan bidang yang LAYAK untuk dipohon dan calon LEPAS syarat kelayakan khas bidang yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

2) Program yang diminati

Tips memilih bidang semasa membuat permohonan UPUOnline yang seterusnya adalah program yang dipohon HARUSLAH anda minati. Hal ini bagi memastikan anda kejayaan anda pada masa akan datang.

“Pemilihan bidang yang diminati akan membantu seseorang untuk membangkitkan lagi semangat untuk mendapat kejayaan dengan lebih mudah”

Sekiranya terlalu banyak bidang yang ingin diceburi dan anda LAYAK untuk memohonya maka lakukan pemilihan yang tepat. Sekiranya terlalu sukar untuk membuat pemilihan maka lakukanlah solat Istikarah agar ALLAH permudahkan jalan pemilihan bidang yang anda ingini. 

3) Pemilihan program mengikut keutamaan

Semasa mengisi permohonan program, calon WAJIB mengisi pemilihan mengikut keutamaan. Hal ini bagi memastikan bidang yang anda pilih benar-benar sesuai untuk anda.

INFO!!!

Bidang keutamaan program biasanya calon perlu lepas syarat khas bidang pengajian anda. Justeru itu, amat PENTING untuk calon mengetahui cara pengiraan mata merit bagi memudahkan calon membuat pemilihan program mengikut keutamaan.

4) Semak laluan kerjaya

Sebagai calon anda perlu bijak untuk menyemak laluan kerjaya anda. Dengan cara anda menyemak laluan kerjaya ini mampu memudahkan lagi urusan pemilihan program. Justeru itu, anda perlu tahu apakah laluan kerjaya anda selepas ini. 

“Laluan kerjaya ini merupakkan salah satu platform mudah untuk anda memilih kerjaya selain daripada bertanya kaunselor”

Diharapan dengan wujudnya perkongsian berkenaan dengan tips memilih bidang semasa membuat permohonan UPUOnline mampu memudahkan calon untuk membuat pilihan. “Pilihan kini ditangan anda”.

Sebab Permohonan UPU Gagal Atau Tidak Berjaya

Penawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA) dibuat berdasarkan kepada dasar meritrokerasi iaitu berasaskan pengiraan merit. Pengiraan markah merit berdasarkan 90% akademik dan 10% adallah kokurikulum. Setiap permohonan yang gagal WAJIB ketahui sebab kegagalan permohonan itu berlaku.

Di antara sebab permohonan UPU gagal atau tidak berjayya adalah disebabkan oleh:-

  • TIDAK menekan butang sah atau hantar semasa melakukan permohonan secara online
  • TIDAK memenuhi syarat khas yang telah ditetapkan oleh pihak universiti
  • Mata merit tidak mencukupi mengikut bidang yang dipohon
  • Memohon program luar bidang aliran (Contoh aliran : sains/ sastera/ ekonomi dll)
  • TIDAK melepasi temuduga yang di duduki
  • TIDAK dipilih Universiti yang dipohon kerana tempat yang terhad.
Info Tambahan :  MYSTEP 2023: Guru Ganti Selangor, Kelantan, Perak & Sarawak

Justeru itu, bagi memastikan anda LAYAK mendapatkan bidang yang anda kehendaki anda WAJIB melepasi semua syarat khas yang telah ditetapkan oleh pihak univeristi. Ikuti semua tips memilih bidang semasa membuat permohonan UPUOnline bagi memastikan anda TIDAK terlepas peluang untuk mendapatkan bidang yang anda kehendaki.

***UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI SEMASA MELAKUKAN PERMOHOAN UPUONLINE INI***

PERINGTAN!!!

Dalam setiap permohonan anda WAJIB BACA dahulu syarat khas permohonan bagi MENGELAKKAN anda terlepas peluang untuk mendapatkan bidang yang anda kehendaki. Anda masih ada masa untuk membuat permilihan sehingga keputusan SPM/ STPM dan setaraf belum keluar lagi.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top