Ustaz pondok vs Universiti

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apa yang saya ingin kongsikan disini setelah membaca satu artikel di dalam majalah “al-Ustaz isu 7”, adalah semata-mata kerana saya dapat melihat perbandingan yang dilakukan dikalangan masyarakat kita mengenai ustaz pondok dan ustaz kelahiran universiti.

Malah ada juga yang membandingkan mereka yang kelulusan dalam negara dengan mereka yang berkelulusan dari negara-negara Arab.

Mengapa ini semua berlaku? Adakah berbeza darjatnya mereka yang menuntut ilmu di tempat yang berbeza walaupun hakikatnya ilmu yang dipelajari adalah sama dan merupakan untuk dakwah Islam. Dakwah merupakan tugasan atau tanggungjawab setiap umat. Ia wajar dipelihara dan dikawal. Jangan mudah terpengaruh dengan ekstrimisme atau persengketaan antara golongan pendakwah yang  hanya berlainan sedikit berdasarkan kepelbagaian aliran pemikiran sedangkan matlamat dan risalah yang dibawa hakikatnya sama.

Jangan mudah melabel para pendakwah yang tidak sealiran atau tidak setaraf pendidikannya. Hakikatnya dia membawakan risalah yang sama untuk pembangunan umat Islam. Selagi tidak menyimpang dan membawa kepada kesesatan.

Saya melihat sekolah pondok atau madrasah yang terdapat di Malaysia ini tidak kurang hebatnya. Biarpun kekurangan fasiliti dan kemudahan pembelajaran, namun tenaga pengajar yang ada adalah merupakan ulama-ulama yang arif tentang ilmu tersebut. Jangan terlalu memandang keada pangkat dan kedudukan.

Di Malaysia label yang selalu diberikan kepada pendakwah adalah seperti:

1) Ahli salafi

2) Tradisional

3) Kelompok kerajaan

4) Ahli akademik

5) Ustaz selebriti

6) Ustaz pondok

7) Ustaz rancangan realiti

dan banyak lagi sebenarnya.

Bagi saya semua orang ini adalah mereka yang berilmu dan ingin menyampaikan ilmu. Saya sebagai seorang yang lemah, perlu belajar tidak kira daripada sesiapa jua yang membawa ke jalan yang betul.

Ini bukan zaman untuk mengkelompokkan pendakwah seperti geng pondok, geng UIA, geng UKM, geng Mesir atau Jordan, geng itu dan geng ini. Dari mana kita lulus pengajian kita tidak melambangkan tahap ilmu yang ada. Sebenarnya hanya Allah yang tahu keikhlasan kita dalam menyampaikan dan ketinggian ilmu adalah hak milik Allah semata-mata.

Wallahualam.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x