Vaksinasi kepada pelajar IPT yang masih belum divaksin boleh dilakukan secara “walk in”. Ianya bagi memastikan setiap pelajar yang hendak pulang ke kampus sudah divaksinasi agar dapat melindungi semua. Walaubagaimana sekalipun, setiap pelajar perlu ketahui cara untuk mendapatkan vaksin dengan lebih mudah dan cepat.
Vaksinasi Kepada Pelajar IPT Yang Masih Belum Divaksin
TAHUKAH ANDA!!!
Lebih daripada 200,000 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang belum divaksinasi. Justeru itu, semua pelajar IPT boleh berbuat “walk in” di pusat pemberian vaksin (PPV) untuk mendapatkan vaksinasi.
Antara cara vaksinasi kepada pelajar IPT dengan kadar yang segera adalah dengan:-
- Hadirkan diri ke pusat PPV yang berdekatan
- Bawa kad Matrik sah pelajar
“Kad Metrik bertujuan untuk pengesahan kepada status pelajar di pusat PPV tersebut”
PERMBERITAHUAN!!!
Bagi pelajar baharu, anda hanya perlu membawa surat tawaran kemasukan dan kad pengenalan untuk mendapatkan vaksinasi dengan lebih pantas lagi. Ianya bagi memudahkan lagi urusan para pelajar dalam proses menerima vaksinasi tersebut.
- Pelajar LAYAK untuk menerima vaksin tanpa menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin
Tujuan UTAMA untuk memberi kebenaran vaksinasi kepada pelajar IPT secara “walk in” bagi mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat lagi. Justeru itu, diharapkan setiap pelajar menhadirkan diri untuk mendapatkan vaksinasi dengan lebih cepat dan dapat membantu anda pulang ke kampus dengan lebih cepat lagi.
Pada masa yang sama, para mahasiswa memainkan peranan penting untuk memastikan kampus di IPT seluruh negara menjadi kampus yang selamat untuk semua. Menerusi laporan yang diberikan oleh Kementerian, anggaran umur pelajar IPT di seluruh Malaysia adalah bermula usia 18 Tahun sehingga 24 Tahun.
INFO TAMBAHAN!!!
Angka yang mewakili pelajar IPT adalah sebanyak 53.2 peratus, walaubagaimana sekalipun pihak Kementerian mendapati lebih daripada 37.5 peratus pelajar IPT awam lansung TIDAK mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi. (Sumber : https://www.utasan.com.my)
Justeru itu, bagi memastikan pelajar tersebut membuat pendaftaran maka pihak Kementerian memberi ruang kepada semua pelajar untuk menerima vaksinasi dengan lebih cepat dan mudah. Selain itu, ianya juga bagi memudahkan urusan para pelajar untuk pulang ke kampus.
***VAKSINASI ADALAH SALAH SATU USAHA UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEBOLEHJANGKITAN MENJADI LEBIH TERUK***
Perkara Yang Penting Semasa Hadir Ke Pusat PPV
Antara perkara yang penting semasa hadir ke pusat PPV adalah:-
1) Bawa hand santizer sendiri ke pusat pemberian Vaksin
Ketika anda selesai menerima vaksinasi, pasti anda mahu mengambil gambar sebagai kenag-kenangan pada masa hadapan. Justeru itu, anda DINASIHATI mencuci tangan atau gunakan hand santizer setelah memegang barangan di boost bergambar tersebut.
***MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT***
Selain daripada membersihkan tangan menggunakan hand santizer, anda juga WAJIB ketahui 7 cara untuk mencuci tangan yang betul. Antara 7 langkah tersebut adalah seperti:-
a) Basahkan tangan dan letakkan sabun dan ratakan
PERINGATAN!!!
JANGAN menggunakan sabun buku ketika hendak mencuci tangan kerana penggunaan sabun tersebut tidak hygine. Gunakan sabun cuci tangan yang betul atau sabun yang pam bagi mengelakkan memegang permuka yang mudah untuk dipegang oleh orang ramai
b) Gosok tapak tangan
c) Gosok setiap jari dan celah jari
d) Gosok kuku di tapak tangan
e) Gosok belakang tangan
f) Gosok pergelangan tangan
g) Bilas tangan dengan air bersih
2) Bawa pen atau alatan yang penting bagi meneglakkan penggunaan barangan yang mudah untuk di sentuh
Semasa anda di pusat PPV, anda DINASIHATI untuk membawa alatan tulis sendiri ketika di Pusat Pemberian Vaksin. Ianya bagi MENGELAKKAN kita daripada memegang alatan yang sama dalam satu masa. Walaupun perbuatan ini kelihatan mudah tetapi masih ramai yang tidak mengamalkannya maka sudah menjadi tanggunjawab semua untuk membawa alatan tulisan sendiri ketika di Pusat Pemberian Vaksin.
3) Gunakan double face mask
Penggunaan double face mask ini bertujuan untuk memastikan penggunan face mask yang biasa lebih ketat. Justeru itu, penggunaan double fask mask sangat digalakan semasa musim pandemik ini.
INFO SIHAT!!!
Penggunaan double face mask sangat digalakkan tetapi anda perlu pastikan mask kain itu anda cuci selepas sahaja digunakan. JANGAN anda lupa untuk mencucinya, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan semasa pandemik ini.
4) Jaga jarak ketika berada di pusat pemberian vaksin
Penjagaan jarak itu sangat pen nting bagi MENGURANGKAN kebarangkalian untuk mendapatkan jangkitan ini. Kita perlu sentiasa menjaga diri agar kita BUKAN penyebab orang yang tersayang terjangkiti.
Diharapakan pelajar IPT yang masih belum mengambil vaksin, mengambil satu langkah kehadapan untuk mendapatkan vaksin dengan lebih mudah lagi. Ianya juga bertujuan untuk emmudahkan mereka untuk pulang ke kampus dalam keadaan yang selamat.