Video Bagaimana Mudah Semak Syarat Kelayakan UPU

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Soalan yang biasa ditanya bila permohonan upu dibuka ialah “ adakah saya layak ? “. Pemohon sepatutnya tahu bagaimana untuk semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan. Kerapkali masalah pemohon bila memilih cita-cita atau minat pengajian akan tersalah pilih bila apa yang dikehendaki tidak sesuai dengan kelayakan akademik sebenar.

Untuk lebih jelas, kami sediakan video tutorial bagaimana menyemak syarat kelayakan UPU diakhir penulisan ini. Sebelum itu, setiap pemohon mestilah faham dan tahu adakah mereka layak atau tidak memohon sesuatu pengajian. Jika sekitar tahun 2010 dahulu, kelayakan boleh dilihat menerusi buku panduan khas universiti yang dicetak dan boleh disemak sebelum membuat permohonan secara offline.

Dunia berubah dengan lebih canggih dengan adanya permohonan online dan data syarat memohon kursus pengajian juga boleh didapati di internet. Permohonan UPU kini lebih mudah untuk membuat semakan syarat kelayakan dengan menjimatkan masa iaitu pengguna hanya perlu memilih kategori dan pilihan-pilihan tertentu yang diminati dan sistem akan menyenarai pendek pilihan yang diberikan serta syarat kahas pengajian.

Bagaimana Semak Syarat Kelayakan UPU

Untuk mudah semak syarat kelayakan UPU sebenarnya ada disediakan menerusi laman rasmi UPU. Sistem ini mempunyai 2 fokus utama iaitu kepada pemohon Universiti Awam UA dan TEVT. Untuk membuat semakan kelayakan ke UA sistem ePanduan UA disediakan :

Info Tambahan :  Upwork vs Fiverr: Mana Best Untuk Freelancer

Sila ke : https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/

Semak syarat kelayakan
Semak syarat kelayakan

Klik pada syarat khas program dan klik pada SPM atau STPM/ Setaraf ( kiri web )

Pilih Universiti, kategori, aliran dan fakulti yabg ingin anda lihat. ( pemilihan adalah berdasarkan kategori anda dan pengajian yang anda minat )

Pilih Universiti kategori dan aliran
Pilih Universiti kategori dan aliran

Anda tidak perlu memilih fakulti apa yang diminati jika anda tidak pasti memilih jenis fakulti. Paparan pilihan anda akan keluar dan kelayakan memohon akan jelas dinayatakan untuk anda bandingkan dengan keputusan SPM semasa anda.

Kategori Pilihan Untuk SPM

Semasa membuat semakan online syarat kelayakan, untuk SPM ada 2 kategori yang perlu dipilih iaitu kategori A dan B, Kategori tersebut membawa maksud :

Kategori A – Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja.

Kategori B – Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa.

Untuk SPM / setaraf, ada 2 kategori iaitu kategori A dan B. Kategori A adalah untuk pelajar yang memohon menggunakan keputusan SPM tahun terkini iaitu semasa . Bagi kategori B pula perlu dipilih untuk pelajar yang memohon menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa.

Kategori untuk STPM

Jika anda menggunakan sistem dan ingin membuat semakan syarat khas untuk lepasan STPM/setaraf, anda perlu memilih 6 kategori iaitu :

  • Kategori STPM
  • Kategori Matrikulasi/asasi
  • Kategori STAM
  • Diploma UA/ Politeknik
  • DKLM/DKM/DVM/Diploma IPTS/Lain-lain
  • Kelayakan setaraf

Video Tutorial Semak syarat kelayakan UA UPU

Untuk memudahkan kefahaman, kami sediakan video tutorial bagaimana menyemak syarat kelayakan untuk lepasan SPM di sistem semakan yang dikelolakan UPU.

Info Tambahan :  Pemilihan Kerjaya yang Sesuai: 7 Panduan dan Petua

Diharapkan melalui perkongsian info ini bermanfaat untuk perancangan dan pemilihan kursus pengajian di Universiti serta membantu memudahkan pilihan pengajian masing-masing. Untuk mendapat pilihan yang tepat, pastikan anda mengutamakan minat terlebih dahulu dan memastikan kelayakan akademik menepati dengan kursus yang diminati.

Utamakan minat dalam memilih pengajian

Untuk itu, dapat disimpulkan ada 3 perkara penting yang perlu anda utamakan semasa membuat pilihan iaitu :

  1. Minat
  2. Menepati kelayakan akademik
  3. Kebolehpasaran kerja dan perniagaan

Minat terhadap sesuatu pengajian amat penting kerana setiap pelajar akan berhadapan dengan subjek pengajian bertahun-tahun dan juga akan bekerja dalam bidang tersebut. Memilih bidang yang tidak anda minat boleh merosakkan masa depan kerjaya anda.

Setiap minat pengajian anda juga pastinya perlu menepati syarat memohon pengajian, perkara ini adalah penting kerana persaingan permohonan ke Universiti kini semakin sengit. Pastinya sistem akan terlebih dahulu menyenarai pendek permohonan yang menepati syarat minimum yang ditetapkan sebelum pemilihan melalui mesyuarat oleh bahagian pengambilan. Kegagalan memenuhi syarat minimum akan terus menyempitkan peluang anda mendapat penilian dari panel pemilih.

Pasaran kerja juga perlu difikirkan, ilmu ini perlu didapatkan melalui kajian ringkas pemerhataian dan selalu bertanya dengan senior berkaitan. Selain itu juga, membuat pilihan pengajian yang membolehkan perniagaan dibuka juga satu pilihan yang bijak. Hal ini kerana, jika sukar mendapatkan pekerjaan, graduan boleh memulakan bisnes berdasarkan ilmu dan kemahiran yang sedia ada.

One thought on “Video Bagaimana Mudah Semak Syarat Kelayakan UPU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *