Video Gol dan Keputusan Perlawanan Malaysia vs Chelsea

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Perlawanan Malaysia menentang chelsea mendapat sambutan hangat, keputusan dan video gol disediakan untuk kenangan kita bersama. Malaysia bermain dengan cemerlang, walaubagaimanapun gol diperolehi oleh Chelsea menerusi tendangan percuma dikira gol walaupun dengan hanya menyentuh garisan akhir gol. Oleh demikian keputusan akhir perlawanan persahabatan antara Malaysia melawan Chelsea ialah 0 – 1 dimenangi oleh Chelsea.

Video Gol dan Keputusan Perlawanan Malaysia vs Chelsea 1
Malaysia vs Chelsea

Malaysia 0 – Chelsea 1

Dibawah disediakan video bagaimana gol diperolehi oleh pasukan Chealsea yang dijaringkan oleh Drogba.


Pendapat saya, Malaysia bermain dengan cemerlang sekali dapat menangkis serangan dari pemain Chelsea, Sifat pemain Malaysia yang gemar mengacau keseimbangan ketika membawa bola pemain lawan membuatkan mereka sukar membuat keputusan menghantar bola. Hal ini menyebabkan pemain Chelsea tidak dapat menyusun strategi kemas kerana selalu dipatahkan oleh pemain Malaysia.

Untuk perlawanan kemarin, pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan Malaysia yang bijak mencari ruang untuk mematahkan serangan dari Chelsea. Barisan pemain tengah Malaysia juga hebat kerana mampu merancang bola untuk sampai ke pemain serangan Malaysia. Tetapi jentera serangan Malaysia dilihat agak tidak mampu dari segi fizikal terutama larian dan kekuatan ketika hendak membuat serangan hingga menyukarkan jaringan gol dibuat walaupun sebenarnya jentera penyerang Malaysia bermain dengan strategi yang betul dan berstruktur. Bagi saya jika jentera serangan Malaysia mempunyai larian lebih laju dan kekuatan badan lebih mungkin ada 2 jaringan yang boleh dilakukan semalam.

Apapun syabas diucapkan pada Malaysia dan juga kelab sahabat Chelsea yang menunjukkan corak permainan yang mendebarkan semalam. Kini aura bola sepak negara semakin meningkat sehingga mampu meningkatkan lagi kecemerlangan zaman dahulu Malaysia terutama peningkatan jumlah penonton dan kualiti pemain. Bagi pemain Chelsea juga seperti Drogba juga perlu diberikan pujian kerana dilihat begitu baik dan menjaga persahabatan dengan pemain Malaysia dengan dilihat beberapa kali bertoleransi dan menghormati pemain Malaysia.

2 thoughts on “Video Gol dan Keputusan Perlawanan Malaysia vs Chelsea

  1. Pendapat kita sama… Malaysia kira cemerlang menentang pasukan gergasi dunia tu… tggu lain masa je jika malaysia x give up berlatih n upgradediri insya alla 🙂

    1. Betul tu Shah, Malaysia mampu bersaing sebenarnya, cuma kekuatan fizikal perlu ditingkatkan. Kalau badan xbleh dibesarkan seperti orang barat xpelah..asalkan kita mempunyai kelebihan lari yang laju. Disamping tu kne reka taktik-taktik penghantaran jarak dekat yang cepat dan lebih menjadi lain kali..

Leave a Reply to fiziesss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *