Info ini bagi memaklumkan bahawa keputusan pertukaran dan semakan pertukaran guru e-Gtukar dijangka boleh disemak lewat sedikit dari kebiasaanya. Sebelum ini, keputusan pertukaran kebiasaanya boleh disemak sekitar jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi hari yang ditetapkan. Namun demikian untuk semakan kali ini ia dijangka lewat boleh disemak kerana masalah teknikal.
Waktu Semakan e-Gtukar Dibuka
Mengikut maklumat dari pentadbir sistem, Semakan perpindahan untuk sesi Januari 2013 ini boleh mula disemak pada 3 November 2012. Semakan dan keputusan pertukaran boleh mula diketahui secara online pada kira-kira pukul 8.30 malam 3 November 2012. Kelewatan adalah dari masalah teknikal dan kerja-kerja pembaikan terus dilaksanakan.
Semakan e-Gtukar Januari 2013 adalah pada : 3 November 2012 bermula Pukul 8.30 Malam
Kepada yang sedang menunggu keputusan dari awal pagi lagi harap bersabar dan bolehlah melakukan perkara lain lagi sementara menunggu keputusan diumumkan secara online di Sistem Semakan Pertukaran Guru e-Gtukar pada 8.30 mlm nanti. Semoga berjaya.