Semua warga pendidikan bergelar “ Guru “ namun demikian terdapat perbezaan waktu mengajar guru mengikut jawatan yang telah diberikan. Dalam sekolah mungkin mempunyai lebih dari 50 orang guru mengikut jumlah pelajarnya. Setiap guru sebenarnya mempunyai jawatan tersendiri dan ianya mempunyai tugas yang ditetapkan khas untuk bidang yang ditugaskan.
Setiap jawatan yang diberikan juga mempunyai tugas lain selain mengajar yang perlu dibuat oleh guru untuk memberi kelancaran pada sisitem persekolahan serta memberikan nilai tambah dalam proses pendidikan setiap pelajar. Oleh kerana tugas lain tersebut membuatkan guru berbeza jumlah komitmen lain selain mengajar hingga memerlukan setiap guru juga diberikan jumlah waktu mengajar yang berbeza bergantung pada tugas lain yang diperuntukan. Pendek kata, pengagihan jumlah waktu mengajar guru yang berbeza ini dibuat bagi memberikan kesamarataan jumlah waktu mengajar dan tugas lain seseorang guru yang dilantik.
Waktu Mengajar Guru Mengikut Pekeliling


Jika dilihat pada jadual ringkasan waktu mengajar guru mengikut pekeliling yang dinyatakan. Guru kaunseling tidak mempunyai waktu mengajar. Hal ini kerana guru kaunseling mempunyai kredit sesi kaunseling tertentu yang ditetapkan yang perlu diselesaikan setiap tahun. Tugas utama seorang kaunselor sekolah adalah membuat sesi kaunseling individu atau kelompok disamping amalan kaunseling lain untuk memberi perhatian kepada kemenjadian sahsiah dan emosi yang baik kepada kesemua pelajar.
Pengetua/ guru besar mempunyai waktu mengajar yang sedikit kerana ia mempunyai tugas utama yanag penting kearah pentadbiran disamping dibantu oleh guru kanan yang lain. Sedikit waktu mengajar diberikan untuk pihak pentadbir mendekati pelajar seterusnya mengenalpasti masalah yang timbul.
Guru Perpustakaan, Guru data dan tugas lain juga memerlukan masa yang dikurangkan kerana ia juga mempunyai komitmen tinggi pada bilik khas yang dijaga serta tugas lain kearah pentadbiran untuk dirancang dan dilaksana. Guru Akademik pula diberikan waktu mengajar yang lebih banyak supaya ia lebih fokus kepada subjek yang diajar.
Perlaksanaan perlu lebih telus
Pembahagian dan perancangan nampak baik dan murni, namun demikian ada juga pihak yang tidak mengikuti sepenuhnya apa yang ditetapkan. Mungkin arahan dari pihak lain yang mengelirukan pihak sekolah. Mungkin juga institusi sekolah yang sibuk dengan tugas hal-hal lain menambah lagi beban guru. Sebagai contoh seorang guru mengajar diberikan waktu mengajar yang agak tinggi tetapi tetap juga diberikan tugas-tugas lain seperti mengurus program dan sambutan lain. Begitu juga seorang kaunselor sekolah diberikan waktu mengajar dengan alasan tidak cukup guru.
Sebenarnya masalah ini telah lama berlaku dan ianya sentiasa diperbaiki oleh pihak bertanggungjawab, perancangan dan ketetapan pekeliling amat baik namun demikian perlaksannan perlu lebih diperketatkan demi memberi fokus tugas setiap guru demi memberikan lebih kualiti dari setiap tugas yang dilakukan oleh warga pendidik. Tugas yang bercampur ini memang terlaksana dan mempunyai kuantiti mengikut data yang membanggakan tetapi pastinya ia akan membebankan serta secara tersembunyi akan mengurangkan kualiti pendidikan itu sendiri.
Untuk info terkini dan maklumat lanjut pekeliling, anda dinasihatkan untuk merujuk senarai pekeliling yang disediakan ( Maklumat Lanjut )