Yuran Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2017/ 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Yuran pengajian merupakan perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima tawaran. Pemohon yang baik adalah pemohon yang meneliti kesemua pilihan yang ada berdasarkan maklumat-maklumat penting permohonan. Aspek seperti lokasi, jurusan, kos, penginapan dan beberapa perkara lain perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mendaftar.

Salah satu matrikulasi di Kedah
Salah satu matrikulasi di Kedah

Matrikulasi merupakan pilihan popular kini disamping pilihan lain seperti asasi, STPM , Diploma dan kemahiran. Menerusi email, kami ada menerima pertanyaan berkaitan yuran matrikulasi. Maklumat yang kami ada, yuran pendafatran matrikulasi adalah berbeza mengikut jurusan pengajian.

Yuran Pendaftaran Matrikulasi

Maklumat yang kami terima, yuran pendaftaran matrikulasi yang terkini iaitu sesi 2017/2018 adalah seperti berikut :

yuran pendaftaran matrikulasi
yuran pendaftaran matrikulasi – Sumber

Jadual yuran diatas adalah dari sumber KPM, jurusan Sains dan teknikal mencatatkan bayaran yuran pendaftaran tertinggi iaitu RM 599 untuk program satu tahun. Untuk Jurusan perakaunan sebanyak RM 546 dan PDT III ( Sesi 2017/2018 ) adalah RM 311.

Info Tambahan :  6 Kemahiran Hidup Powerful di Kampus Universiti

Bagi pengajian Kolej MARA yuran pengajian adalah lebih tinggi iaitu RM 715 untuk jurursan sains dan RM 720 untuk jurusan perakaunan. Untuk program dua tahun, hanya jurusan sains yang ditawarkan iaitu dengan kadar yuran RM 599.

Pada keseluruhannya, kadar yuran pendaftaran pengajian di matrikulasi adalah lebih murah berbanding pengajian lain. Namun demikian, pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM iaitu pengajian pilihan setaraf selain matrikulasi adalah paling murah berbanding matrikulasi.

Lokasi Pengajian Matrikulasi

Untuk makluman, terdapat 15 kolej matrikulasi KPM dan 2 buah Kolej Mara yang ada iaitu :

  • Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
  • Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
  • Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  • Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  • Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
  • Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  • Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  • Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  • Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  • Kolej Matrikulasi Selangor,Banting.
  • Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih.
  • Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang.
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka.
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian.
  • Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
  • Kolej MARA Kulim, Kulim.
Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

Terdapat juga proses-proses selepas permohonan matrikulasi terutama rayuan dan ambilan kedua. Maklumat berkaitan proses ini bolehlah anda rujuk di artikel terbaru kami.

Semoga maklumat ringkas berkaitan yuran pendaftaran pengajian matrikulasi ini dapat member gambaran pada pemohon.

 

One thought on “Yuran Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2017/ 2018

  1. Saya sudah memohon tetapi Saya tidak pasti Saya dipilih atau tidak. Adakah perlu Saya “confirm below”. Apakah it “confirm below”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *