Zakat Fitrah 2012 Mengikut Negeri Semenanjung dan Sabah/Sarawak

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Zakat Fitrah 2012 : Dibawah adalah maklumat kadar zakat fitrah mengikut seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi tahun 2012/1433H.

Berdasarkan jadual dibawah, jika dibanding dengan tahun lepas, kadar zakat adalah menurun sedikit jika disbanding tahun lepas. Namun demikian, mungkin info kadar zakat dibawah dapat membantu:

Bil

Negeri

Kadar Tahun 2011 ( RM )

Kadar Tahun ini 2012 ( RM )

1 Johor 7.50 5.00 / 8.00
2 Kedah 7.00 7.00
3 Melaka 6.30 6.50
4 Kelantan 7.60 7.00
5 Negeri Sembilan 6.50 6.50
6 Pahang 7.30 7.00
7 Selangor 5.20 7.00
8 Terengganu 6.00/7.00/8.00 4.50/7.00/7.60
9 Sabah 7.70 7.00
10 Perlis 5.00/7.00 6.00
11 Pulau Pinang 7.30 7.00
12 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Putrajaya dan Labuan 5.20 7.00
13 Sarawak 7.50 6.50
14 Perak 7.00 7.00
Info Tambahan :  Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab

Untuk pengetahuan, pembayaran zakat fitrah pada bulan ramadhan terbahagi kepada 5.

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Diharapkan info Kadar Zakat 2012 ini memberikan pengetahuan awal kepada kita semua. Setiap pembayaran mempunyai kelebihan tersendiri apabila membuatnya pada waktu yang afdhal dan digalakkan. Namun demikian, sekiranya dijangka tidak berkesempatan berdasarkan masalah tertentu haruslah membuat pembayaran diwaktu lain selain pada waktu yang digalakkan. Yang pastinya waktu yang diharamkan itu harus dielakkan.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments