Permohonan Online Kemasukan ke Universiti sains Malaysia USM 2012/2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Online Kemasukan ke Universiti sains Malaysia USM 2012/2013 1
USM

Permohonan Online untuk ke Universiti Sains Malaysia USM bagi sesi akademik 2012/2013 telah dibuka bagi program-program peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bagi yang berminat boleh mula memohon secara terus melalui Online pohon.usm.my. Permohonan adalah untuk dan dari 3 kategori iaitu :

  1. Lepasan Matrikulasi/asasi 2011
  2. Lepasan STPM 2011
  3. Lepasan Diploma/setaraf – IB , AUSMAT, A-LAVEL dan lain-lain.

Tindakan untuk memohon kemasukan ke USM 2012

  • Terlebih dahulu perlu ke https://pohon.usm.my/ untuk melihat dan membaca maklumat penuh dan lanjut permohonan.
  • Membeli no pin USM di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN berhampiran dengan bayaran RM 40.
  • Calon terlebih dahulu perlu memahami dan membaca panduan permohonan dan juga panduan pendaftaran dan tatacara permohonan.
  • Calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon.
  • Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.
Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Informasi permohonan USM 2012

  • USM menawarkan sebanyak 67 program pengajian (tidak termasuk program Pendidikan) di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2011 dan STPM 2011, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf.
  • Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI)

Senarai Program yang ditawarkan

Untuk membuat permohonan calon juga perlu meneliti syarat dan juga pilihan program pengajian yang ditawarkan mengikut minat dan berkelayakan. Untuk melihat senarai program ditawarkan USM KLIK SINI

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Tarikh Temuduga

Tidak semua program yang ditawarkan mempunyai sesi temuduga. Bagi program yang mempunyai temuduga tempoh temuduga diadakan adalah kira-kira  2-10 Mei 2012. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada pertengahan April 2012.

Tarikh Tutup Permohonan

  • Bagi calon matrikulasi dan asasi boleh mengemaskini pilihan program mengikut keputusan akhir semester bermula 26 mei hingga 30 Mei 2012
  • Permohonan kemasukan ke USM tahun 2012/2013 akan ditutup pada 26 Mac 2012

Maklumat Lanjut :

Untuk maklumat lanjut permohonan digalakkan ke pohon@USM dan juga melihat Iklan penuh permohonan

Atau

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian di Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2012/2013 hendaklah dialamatkan kepada :

 

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

PEJABAT PENDAFTAR, ARAS 2,

BANGUNAN CANSELORI,

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,

11800, USM, PULAU PINANG

Tel:   1300 888 876

Faks: 04 653 3328

E-mel: [email protected]

2 thoughts on “Permohonan Online Kemasukan ke Universiti sains Malaysia USM 2012/2013

Leave a Reply to Tarikh Panggilan Temuduga Permohonan USM 2012 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *