Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 5 ( Akhir )

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-murid di sekolah.. Sehubungan itu, guru juga perlu menyertai Program NILAM. Pemimpin sekolah harus memainkan peranan menggalakkan guru-guru membaca bahan bacaan yang dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Guru-guru yang banyak membaca lebih banyak idea, bersikap kreatif, luas pengetahuan dan mampu memberi  sumbangan besar kepada kecemerlangan sekolah. Aktiviti susulan pembacaan seperti bicara buku, diskusi ilmu, penulisan ilmiah, kajian tindakan dan penghasilan modul pembelajaran mampu memberi  impak yang besar kepada keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Murid  yang terdedah kepada pembelajaran ke arah pembacaan yang aktif akan lebih bersifat survival, berdikari dan lebih bijak dalam proses berfikir dan penyelesaian masalah (Raja Abdullah Yaacob : 2008).  Pendekatan pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan.  Guru-guru boleh merancang P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif dalam bentuk kerja kursus, tugasan pembentangan, gerak kerja berkumpulan, berkongsi artikel,  majalah atau akhbar dalam kelas, bicara buku, pertandingan bercerita, aktiviti drama atau persembahan boneka. Malah dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), aktiviti pengayaan pembacaan aktif  seperti lakonan, bercerita, forum, debat, sketsa dan pembentangan sewajarnya  disuburkan semula di sekolah-sekolah.

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Membaca adalah kegiatan yang boleh membangunkan intelektual, menyuburkan budaya ilmu, membentuk pemikiran kreatif dan dinamis serta membentuk keperibadian manusia. Justeru,  pelaksanaan Program NILAM yang terancang, sistematik dan berfokus mampu memberi impak berkesan kepada pembangunan sekolah samada dalam aspek kemenjadian murid maupun guru. Program NILAM sekiranya dilihat dalam dimensi yang mendalam merupakan salah satu strategi hebat yang mampu mengubah senario sekolah kepada sebuah institusi pendidikan cemerlang yang menjadi idaman pengetua maupun ibu bapa. Sistem pendidikan Negara telah melahirkan dua insan hebat yang telah berjaya memecah rekod pencapaian pelajar lain dalam peperiksaan SPM iaitu Nur Amalina Che Bakri (17 1A) dan Azali Azlan ( 20 1A dan satu 2A). Yang pasti kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Kebangsaan !

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 4

One thought on “Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 5 ( Akhir )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *