Sistem Pertukaran Guru e-GTukar 2013

Sistem eG-tukar untuk sesi Januari 2013 akan dibuka melalui laman eG-tukar yang disediakan sebelum ini. Pertukaran eGtukar ini akan mula beroperasi pada 1 September 2012 iaitu esok dan dibuka dalam tempoh sebulan dari tarikh tersebut. Satu penantian bagi kakitangan pendidikan yang sebelum ini ditolak permohonan eGTukar masing-masing. Permohonan pertukaran eGTukar ini merupakan kisah yang trajis bagi mereka yang kerap kali mengisinya kerana kerap kali ditolak permohonannya.

e-GTukar

Menurut kakitangan pendidikan, permohonan pertukaran begitu rumit sekali mungkin kerana tempat yang terhad bagi negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti negeri di pantai timur semenanjung seperti Kelantan, Terengganu termasuk negeri lain seperti Kedah dan kini negeri-negeri seperti Perak, mula juga semakin dipenuhi. Hal ini membuatkan kakitangan negeri asal tersebut amat sukar pulang ke negeri asal sehingga perlu menunggu lebih dari 10 tahun untuk menunggu giliran.

Menurut salah satu pelawat kami dalam emailnya, kebiasaanya bagi mereka yang mempunyai umur perkhidmatan lebih 10 tahun ( lama bertugas ) dan mempunyai sakit kronik lebih diutamakan untuk ke negeri yang dipohon. Cuma disini dibimbangi, kadangkala syarat bukan rasmi tersebut sedikit sebanyak juga boleh menimbulkan kesan negatif kepada kemenjadian pelajar :

  • Kemungkinan negeri tersebut akan dipenuhi oleh kakitangan yang lebih 10 tahun atau “ Orang Lama “ yang mungkin mempunyai kelebihan dari segi pengalaman mengajar tetapi kemungkinan mempunyai kelemahan dari segi tenaga menjalankan aktiviti aktif seperti pengurusan program, sukan dan  lain-lain.
  • “ Sindrom bos “ kadangkala ada segelintir pekerja menjadi lumrah akan merasakan diri telahpun senior ( lama berkhidmat ) sehinggakan tidak mahu untuk membuat kerja-kerja yang remeh sekaligus membuatkan jumlah kakitangan DG 41 dan kebawah semasa yang sedikit terus menerus dibebani kerja yang banyak.
  • Kemungkinan juga negeri tumpuan tersebut mempunyai lebih kakitangan yang menghadapi masalah kesihatan yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.
  •  Memandangkan kakitangan pendidikan melalui sistem Time- Base yang kini disyorkan kenaikan pangkat sekiranya melebihi 8 tahun, mungkinkah akan berlaku kebanjiran kakitangan DG 44 dan keatas dinegeri tersebut nanti?

Bagi pihak kami,  percaya cerdik pandai dalam urusan pertukaran eGTukar ini telah lama memikirkan soal taburan had umur dalam menguruskan pertukaran guru ini. Kemungkinan mereka telahpun memikirkan hal ini dan kemungkinan telahpun membuat tindakan dengan mengadakan kuota pengambilan tertentu mengikut had umur dan pangkat supaya berlaku keseimbangan dalam tenaga mendidik di negeri yang menjadi tumpuan.

Pihak kami percaya, bukan senang untuk mengurus sumber manusia seperti pertukaran guru ini, hal ini kerana ketidakseimbangan permohonan jumlah terlalu ramai ke sesebuah negeri memerlukan penelitian penuh serta penapisan yang rapi untuk meluluskan mereka yang betul-betul layak dan diutamakan dalam permohonan pertukaran eGTukar. Cuma realitinya, apabila banyak permohonan dan tempat terhad, maka akan ramailah permohonanya akan ditolak dan pastinya akan ramai juga yang akan mengemukakan pendapat yang negatif. Mungkin kadangkala perlu juga kita menghargai usaha mereka yang bekerja secara jujur dan bersungguh-sungguh terutama ketika musim pertukaran ini. Semoga tugas yang diamanahkan serta sifat kebajikan terus diamalkan dalam proses meluluskan permohonan.

Laman web eGTukar ini boleh mula dilayari di  :Sistem Permohonan Pertukaran eGTukar Januari 2013

Disarankan mengguna Internet explorer ketika memohon dan mengemaskini data. Selamat memohon eGTukar 2013.

Jangan Ketinggalan, dapatkan update terbaru info kami percuma terus ke email anda, Masukkan Alamat email anda dibawah :

( Penting : Pendaftaran berjaya jika anda klik link pengesahan yang akan dihantar ke email anda nanti )

Majalah e- Xpresi


PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Panduan Permohonan

4 thoughts on “Sistem Pertukaran Guru e-GTukar 2013

  1. rasanya faktor had umur tu kira adil sebab yang lebih 10 tahun tu telah mengalami kesukaran untuk tempoh yang lama berjauhan dengan keluarga. ini hanya pendapat saya. sya pon dah lebih 10 tahun di perantauan. Yang baru setahun pon ada yang bertukar atas sebab- sebab tertentu. sebenarnya taburan umur adalah sekata. tak semestinya lama berkhidmat dapat bertukar. hanya pandangan sahaja. rezeki masing-masing. salam buat semua.

  2. Kementerian sepatutnya mencari penyelesaian utk masalah ini.. Ramai guru terpaksa berjauhan dgn family. Ini salah satu punca kpd masalah keluarga yg semakin berlambak. Graduan baru sepatutnya ditempatkan di negeri2 yg kosong dan memberi peluang kpd guru lama utk bertukar.. keutamaan pertukaran mestilah diberi kpd guru yg berkeluarga.. Ketidakadilan kadang2 berlaku dimana pihak sek tidak meluluskan permohonan seseorg guru tersebut kerana guru tersebut merupakan guru cemerlang. Alasan berikut sepatutnya tidak berlaku kerana ramai lagi graduan yg boleh mengisi tmpt guru berkenaan dan mungkin graduan tersebut lbh baik dari guru cemerlang itu. Berilah peluang kpd guru baru.

  3. untuk ke negeri pantai timur memang saya sedia maklum sentiasa penuh, tapi untuk ke johor yang tidak disenaraikan sebagai negeri yang penuh ni, mengapa susah sangat..alasan ikut suami seolah-olah da tak relevan lagi..tak kan la sampai nak kena kawin lagi satu kot..bukan ada elaun pon kawin 2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Makluman : TIDAK semua komen/pertanyaan akan dijawab oleh admin/staff xpresi, Kami sibuk dengan urusan pentadbiran, informasi dan pertanyaan khas lain. Walaubagaimanapun, komen/pertanyaan terpilih sahaja akan kami jawab atau dibuatkan penulisan khas. Kami amat berterima kasih jika anda turut sama menjawab/ berbincang dan membantu rakan lain.

PERINGATAN: Anda perlu memahami Syarat/ Terma kami dan Anda dilarang untuk memperkatakan tentang politik ataupun mempersenda cara hidup, individu, kaum mahupun agama lain. Bantulah diri, bantulah saudara anda, cintailah kedamaian, tingkatkan iman, bertindaklah dengan bijak serta bermuafakatlah demi kesejahteraan bersama.